Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 20 Oktober 2010

Semalam kata Mohd Hilmi salah, hari ni kata Amir salah

Disebabkan

image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5.00 PM PDT Wednesday, Oct. 20th

Jadi, tak mampu makngoh nak upload gambar-gambar.

Semalam, makngoh ada membaca kisah lanjutan kes bakal pengantin hilang. Menurut cerita akhbar XXXXXX bahawa bakal pengantin tersebut dilarikan oleh tunangnya sendiri disebabkan bakal pengantin itu ada masalah dengan tunangnya. Jadi, makngoh anggap perkara itu dah setel, kalau jumpa tunangnya iaitu Mohd Hilmi maka bolehlah Rozaliya (bakal pengantin) ditemui.

Rupanya hari ini, Mohd Hilmi dan bapanya tampil membuat laporan polis menyangkal dakwaan bahawa dia yang melarikan Rozaliya. Katanya, dia dan Rozaliya tiada masalah. Mohd Hilmi memberitahu bahawa dia dan keluarganya turut berusaha mencari Rozaliya hingga ke Batu Berendam.

Satu nama lain pula yang dicanangkan adalah Amir. Siapa pula Amir?

Amir pula dikatakan peminat Rozaliya yang tinggal di Batu Berendam dan merupakan seorang pelajar universiti.

Apa yang makngoh ingin tekankan di sini adalah sama yang dengan penyataan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah seperti di bawah ini

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia boleh memesongkan fakta kes dan menyukarkan polis membuat siasatan.

YA! Itu yang terbaik seeloknya. Janganlah menyulitkan keadaan dan menganggu siasatan polis. Biarlah polis siasat dulu. Jangan saling menuduh dan saling menyalahkan. Apa yang dikhabarkan oleh akhbar itu sebenarnya boleh dibaca oleh 'penculik' atau 'pelari' atau 'penjenayah' yang menghilangkan Rozaliya.

Makngoh rasa, bagi kes sebegini, biarlah dijalankan siasatan tertutup tanpa perlu ada kenyataan atau hebahan akhbar. Cukuplah akhbar memberitahu bahawa gadis tersebut hilang supaya orang ramai boleh mengecam jika terlihatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!