Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 24 Oktober 2010

Isteri bunuh, kerat dan buang bahagian tubuh suami ke sungai

JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam.

Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu. '

Kami masih mencari kemaluan mangsa selain bahagian lutut dan perut,” kata ketua detektif polis Jakarta Timur, Nicolas Lilipaly dipetik sebagai berkata
“Suspek berkata dia membuangnya ke dalam sungai.”

Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana membunuh Karyadi, 53, pengawal keselamatan di pasar Kramat Jati, 12 Oktober lalu, mengerat tubuhnya dan membuang anggota badannya.

Muryani, ditahan malam Isnin lalu. Dia mengakui membunuh suaminya dengan menghentak kepala mangsa dengan tong gas seberat tiga kilogram ketika dia tidur.

Polis merampas tong gas yang dipenuhi darah, sebilah pisau dapur dan pakaian mangsa yang berdarah dari rumah Muryani.
Polis menuduh wanita itu membunuh suaminya kerana menipunya.

“Dia juga berkata berasa lega dapat melepaskan kemarahannya. Kami akan jalankan ujian psikologi ke atas suspek di Hospital Polis Nasional,” kata Nicholas. – Agensi
p/s : sungguh kejam dan tak berhati perut walaupun seorang perempuan dan isteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!