Makngoh dah agak memang dorang akan putus tunang sebab Helmi juga pernah kata dia dah tawar hati dengan Rozaliya. Rozaliya pula kata dia sudah kecewa dan amat tertekan dengan Helmi.
Lepas entri makngoh yang ini (berita tentang penemuan Rozaliya), makngoh terbaca pula berita lain tentang kenyataan Rozaliya.
Kata Rozaliya, sewaktu dalam perjalanan membeli barang perkahwinan, dia dan Helmi bergaduh tentang siapa yang kena beli barang kahwin. Kemudian, Helmi tinggalkan dia di mall. Rozaliya pula mengeluarkan duit sebanyak RM1500 (kalau tak silap makngoh) untuk membeli barang kahwin. Tetapi Rozaliya perasan ada dua orang lelaki mengekorinya. Kemudian dia SMS Helmi meminta bantuan tetapi Helmi tidak datang. Wang Rozaliya dirampas oleh dua orang lelaki tersebut. Jadi bermakna 'tiadalah istilah sms palsu'
Kerana kecewa dengan Helmi, Rozaliya pun membawa diri dan menghilangkan diri sehinggalah ceritanya masuk suratkhabar.
Lelaki yang tengah tu Helmi
Ini gambar Rozaliya
Suratkhabar hari ini pula melaporkan kisah mereka yang putus tunang. Okayah. Harap redalah kontroversi mereka ni. Semoga masing-masing jumpa jodoh yang ALLAH tetapkan. Semoga masing-masing kembali jalani kehidupan harian seperti sediakala. Semoga ada bahagia menanti mereka berdua dengan pasangan masing-masing. Amin.
takpelah...kalo dah bukan jodoh dia. Tuhan dah atur segalanya mesti ada kebaikan pada dua2 pihak
BalasPadam