Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 19 Oktober 2010

Mustahil hukuman bermain tanpa penyokong di stadium

Rasanya dah ada peminat sukan tempatan yang tahu mengenai hukuman yang telah dikenakan terhadap Kelantan dan Selangor. Dendanya berupa duit yang berjumlah     RM 115000.

Sebelum mesyuarat tersebut ada beberapa kemungkinan denda yang dikhabarkan termasuklah denda bermain tanpa penyokong di stadium dan bermain di stadium berkecuali.

Apabila difikir secara sangat positif, makngoh fikir memang sangat elok kalau denda bermain tanpa penyokong dikenakan. Jika tanpa penyokong, sah-sah dah tiada pergaduhan di stadium dan tiada acara baling membaling akan berlaku. Itulah alasan sangat positif. Jadi, tak perlu lagi tuduh menuduh, negeri itu negeri ini. Nama baik negeri masing-masing akan terjaga. Terutamanya negeri Kelantan yang memang sentiasa diintai salah silap.

Sediakan skrin besar di tempat lain seperti kedai kopi. Kalau ada penyokong yang mahu berkumpul, berkumpullah beramai-ramai di situ tanpa perlu ke stadium. Boleh bersorak beramai-ramai. 

NAMUN, sangatlah susah untuk denda ini dikenakan.
TIADA untung untuk FAM. Tiada duit denda.

Lagi satu, kalau ada penyokong...duit tiket ada jugak.

1 ulasan:

  1. kalau buat denda nie..diorang(FAM) tak dapat cri makan lg la..hahahha.....

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!