Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 23 Oktober 2010

Piala Malaysia 2010 : Siapa layak ke final?

pix_gal0

Empat semifinalis punya kekuatan sendiri untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu depan
ANDAI berpandu kepada kesudahan suku akhir pertama Piala Malaysia Rabu lalu, gambaran final Piala Malaysia musim ini terarah kepada Johor FC dan Kelantan untuk memenuhi temu janji final, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Johor FC mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang juara bertahan itu manakala Kelantan berjaya mengikat Kedah ketika berkunjung ke Stadium Darulaman, untuk meletakkan kedua-dua pasukan lebih selesa menjelang 90 minit lagi saingan malam ini.

Berbekalkan satu gol, Johor FC pimpinan Azuan Zain berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kelab kedua mara ke final selepas MPPJ pada 2003, dan memperbaiki pencapaian terbaik mereka mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada Selangor pada 2008.

Namun dengan tiga tonggak yang masih cedera - Eddy Helmi Manan, kapten Mohd Hamzani Omar dan Khairi Kiman, laluan Johor FC tetap dianggap berliku apatah lagi Negeri Sembilan juga mempertaruhkan maruah dan reputasi sebagai penyandang juara dan juara Piala FA 2010.

Di tangan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terletak perencanaan strategi untuk menterbalikkan defisit biarpun Negeri Sembilan yang dilanda sedikit kepincangan selepas kehilangan kapten, Rezal Zambery Yahya, mendapat khabar gembira dengan kehadiran semula Idris Karim.

Di Pantai Timur, Kelantan yang setakat ini hanya bergelar naib juara 2009 dan naib juara Piala FA 2010, mungkin dilihat memiliki sedikit kelebihan, lebih-lebih lagi kembali ke medan pertarungan yang menyaksikan mereka mengelar leher Gergasi Merah, 3-0 pada suku akhir kedua, minggu lalu.

Namun, Kedah yang agak lesu di tempat sendiri Rabu lalu, mempunyai pengalaman untuk menjinakkan Red Warriors, seperti yang pernah mereka lakukan beberapa kali sebelum ini.

Dengan kedua-dua pasukan bersandarkan kepada rangkaian penyerang berbisa - Indra Putra Mahayudin-Akmal Rizal Rakhli dan Baddrol Bakhtiar-Khyril Muhymeen Zambri - pertemuan Kelantan dan Kedah harus menjadi puncak.

Siapa layak ke final?
Oleh Harris Rajahdin Berita Harian Oline 

Menurut ramalan makngoh yang sudah tua ini... (ramalan yang tak boleh pakai)

Final menyaksikan

Kelantan VS Johor FC

Agak mengejutkan jika

Negeri Sembilan VS Kedah 

Tetapi menakutkan dan mengerikan jika

Negeri Sembilan VS Kelantan

Adakah dendam lama akan berdarah kembali???

Bukan sahaja dendam pemain Kelantan tetapi dendam kami sebagai rakyat Kelantan.

Satu Malaysia menghina dan mencaci kami selepas Piala Malaysia 2009. Kami ingat itu!

p/s : orang Islam tak boleh main ramal-ramal. Dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!