Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 3 Oktober 2010

Tiada elaun pindah guru sebab KPM tiada peruntukkan



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Terkilan, Papar, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 4 September 2010 – “Sokong kaji beri elaun pindah”.

Untuk makluman, elaun tuntutan perpindahan merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Namun, syarat-syarat kelulusan hendaklah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertarikh 5 Januari 2001.

Memandangkan KPM menghadapi kekangan peruntukan pada tahun 2010, pihak Kementerian terpaksa menangguhkan pembayaran sebarang permohonan elaun perpindahan atas permohonan sendiri yang telah memenuhi syarat pertukaran. Walau bagaimanapun, perpindahan atau pertukaran atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbangkan oleh Bahagian/Agensi untuk dibuat bayaran tuntutan elaun pertukaran/perpindahan selaras dengan para 2.2.1 (e) di dalam surat JPA bertarikh 23 Ogos 1994.



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Emamey 84” dalam ruangan Respons dalm akhbar FIKRAH bertarikh 3 September 2010 (Guru teraniaya tiada elaun pertukaran).

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995, elaun perpindahan dan pertukaran telah diperuntukan kepada semua pegawai di dalam perkhidmatan awam. Pada tahun 2010, KPM menghadapi kekangan peruntukan di mana pihak Kementerian terpaksa menangguhkan pembayaran bagi sebarang permohonan elaun perpindahan atas permohonan sendiri. Walau bagaimanapun, perpindahan atau pertukaran atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbangkan oleh Bahagian/Agensi untuk dibuat bayaran tuntutan elaun pertukaran/perpindahan selaras dengan para 2.2.1 (e) di dalam surat JPA bertarikh 23 Ogos 1994.

Pihak Kementerian telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan cadangan keperluan peruntukan elaun tersebut juga telah diambilkira di dalam Cadangan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) KPM Tahun 2011.

6 ulasan:

  1. ermmm...mak ngoh ngoh nok transfer hujung tahun ni..ermmm

    BalasPadam
  2. Nak juga kepastian. Ditangguhkan atau terus tak dapat?

    BalasPadam
  3. mokngoh clim perpindahan mcm mana lah?. saya tak dapat clim lah. saya tambang sendiri kargo RM10 ribu. terpaksa kena berhutang dgn pak sedara( Bank Rakyat )kalau ada info yg mengatakan dapat clim tolong bagi tau saya mak ngoh

    BalasPadam
  4. makngoh rasa bgantung kepada bajet setiap jpn dan juga budi bicara pgetua. ejen kargo kereta makngoh ada beri resit untuk claim sbb dia gitau ada guru yg leh claim. tapi makngoh tak tanya pun kerani sekolah baru leh claim ke tidak. mcm susah jer nak dpt. nasib baik kargo kereta makngoh rm2200. makngoh tak kargo barang

    BalasPadam
  5. elaun gangguan sebulan gaji tu mcm dapat. kerani sek lama makngoh tolong uruskan.

    BalasPadam
  6. sy xdpt claim pn xpe yg penting dpt pindah ikut suami

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!