Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 1 Ogos 2010

Orang Melayu suka melatah lucah

Latah kadang-kadang sebab sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang, namun bila menjadi kebiasaan, latah tersebut menjadi sebati dengan lidah orang yang menyebut.

Tapi...percayalah, melatah itu boleh dikawal dan diatasi. Latah ni bukan je berlaku di kalangan orang tua tapi turut berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Pelajar sekolah makngoh pun ada yang suka melatah.

Okay, nak melatah...melatahlah tapi yang tak sedap didengar latah yang lucah. Kadang-kadang lucah tersebut hingga tahap memalukan diri sendiri hingga orang yang mendengar terlopong.

Pelik juga dengan sifat orang melayu kita.

Jadi, di sini mak ngoh nak nasihatkan kepada orang yang melatah tu, cubalah melatah secara ilmiah dan berhemah sedikit.

Antara contoh ayat melatah ilmiah adalah -:
1) opocot, y sama dengan m x plus c
ini adalah rumus matematik y = mx + c
nak skrip melatah yang lagi panjang??

2) mak engkau, pecutan sama dengan halaju akhir tolak halaju awal bahagi masa
Nah, ambil, panjang dah tu....

ATAUPUN, kalau nak melatah dalam versi mat saleh ;
3) opocot, terkejut i... physics is the study of natural phenemenon and the properties of matter.

Kuang kuang....skrip-skrip tersebut memang selalu mak ngoh bagi kepada pelajar-pelajar mak ngoh supaya senang mereka menghafal rumus dan definisi.

Okay, pergi pulak kepada melatah secara berhemah
1) opocot, budi bahasa budaya kita...
Nah...kan cantik ayat macam tu yang terpacul keluar.

2) opocot mak engkau, menabung amalan mulia.
Melatah sambil memberi nasihat

3) opocot, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan
melatah secara patriotik.

Gurauan semata-mata, maaf kalau ada yang terasa. Namun dinasihatkan kepada mereka yang ada masalah melatah atau saudara mara yang melatah, cubalah kawal perkataan yang keluar dari mulut semasa melatah.

Ataupun cuba kawal mulut dari bercakap. Jadi, contohnya apabila diciut orang cubalah diamkan diri sahaja.

Mak ngoh pernah dengar cerita, orang melatah secara pergerakan. Ada seorang anak muda menegur dan mengusik makcik yang sedang memotong kayu api. Makcik tersebut melatah dan cuba menghayun parang ke arah pemuda tu hingga budak tu lari lintang pukang dan makcik tu mengejar dengan keadaan sedar tak sedar. Nak macam gitu?

8 ulasan:

  1. dah banyak dengar orang melatah dengan perkataan lucah. biasanya orang pompuan la, orang lelaki mmg x pernah dengar melatah dengan perkataan lucah...

    NICE ENTRY...

    BalasPadam
  2. yer, mmg betul tu..pompuan yg byk melatah...tapi di sekolah mak ngoh ada sorang pelajar lelaki yg suka melatah.

    BalasPadam
  3. Saya ada kawan lelaki yang memang suka melatah and selalunya perkataan yang agak tidak sedap didengar.

    Kalau boleh, tak mahu ayat-ayat lucah ni digunapakai oleh orang-orang kita. Tak suka, tak suka!

    - Nisa

    BalasPadam
  4. dulu ayah sy selalu melatah..
    now da ok..sejak x de orang kacau lagi..
    tp yg beshnye assalamualaikum yg disebutnye..x pulak ade perkataan lucah...

    BalasPadam
  5. melatah boleh dilatih.. pkataan biasa org kelantan melatah ialah... tut~~!!! tapi pndangan saya melatah boleh dilatih, bila bertukar tabiat ia menjadi malapetaka. hak3

    BalasPadam
  6. bagus la ayah alynn melatah macam tu...kan bagus kalau melatah tu keluar ayat zikir...

    nisa : opocot....i pun tak suka...hua hua hua

    syeragh : meme doh ore kelate gak...adeH!

    BalasPadam
  7. Lisa hidup di kalangan orang2 melatah nih...kekadang kelakar kekadang rasa mcm sengaja buat2

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!