Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 6 Oktober 2010

Heboh pasal Rahim di seluruh negara. Saper Rahim?

Lebih kurang pukul 10 pagi waktu Malaysia, boleh dikatakan seluruh negara bercerita mengenai seseorang yang bernama Rahim.

Makngoh dah buat kajian dan nilai anggaran rakyat Malaysia yang bercerita mengenai Rahim itu adalah seramai 479,675 orang. Ramai juga mereka ini yang sudi cerita mengenai Rahim.

Siapa Rahim tu? Anda pernah dengar tak namanya? Tentulah pernah kan? Nama penuh Rahim tidak dapat dikenalpasti. Mungkin Abd Rahim, Ahmad Rahim, Mohd Rahim dan yang pasti bukan pangkal rahim.

Meh makngoh nak cerita mengenai Rahim ni. Rahim adalah seorang pelajar yang telah menemui satu beg berisi duit. Banyak duit. Ribu ke, juta ke, billion ke itu makngoh tak tahu. Ada orang cerita juta-juta, ada yang cerita billion dan ada yang kata ribu-ribu jer.

Versi penemuan beg tersebut pun ada macam-macam versi cerita. Ada yang kata Rahim jumpa duit tu semalam, ada kata minggu lepas, ada kata bulan lepas dan malang jugak, ada yang kata hari ini.

Mungkin kerana duit yang ditemui itu banyak, maka ada sesetengah orang yang materialistik menganggap dirinya Rahim. Isk isk isk. Berangan betul dorang ni. Mula-mula cerita lagi mereka kata "hai, saya Rahim".

Padahal makngoh tahu je, Rahim tu orang lain, makngoh cek IC orang yang menyamar Rahim tu, memang-memang sah dah namanya bukan Rahim tapi Rahman. Wakaka. Itulah. Kreatif la dorang ni.

Jadi, apa yang berlaku kepada duit yang Rahim jumpa tu? ERK!!!! Rahim serahkan kepada pihak polis. TADAAAAAAAA...... Tapi yang bestnya, sempat lagi orang buat cerita kononnya pengawai polis yang Rahim temui tu adalah bapa saudara Rahim ler, bapa tiri Rahim ler dan ada macam-macam nama ler nama pengawai polis tu.

Ah, malas dah nak taip. Anda nak tahu kisah selanjutnya? Tanyalah budak-budak sekolah hari ini. Dorang tahu tu.

p/s : Berita menyedihkan dari Kedah, calon PMR cedera dan bapanya meninggal semasa perjalanan pulang dari sekolah setelah selesai mengambil kertas Agama Islam pukul 4.30 petang semalam. Motosikal yang mereka naiki ditimpa pokok menyebabkan bapanya meninggal dunia dan pelajar tersebut cedera dan dirawat di hosptial. Semoga pelajar tersebut tabah dengan ujian ALLAH itu. Amin.

Di daerah bernama Ledang (mungkin di negeri Melaka) seorang pelajar bakal ambil PMR semalam (Selasa 5 Oktober) telah maut kemalangan ketika arwah pulang dari membeli kelengkapan alat tulis untuk mengambil peperiksaan pada Isnin 4 Oktober.

2 ulasan:

  1. Eh... saya tak terbaca surat khabar dah 2 hari. Tak tau lagi pasal Rahim jumpa duit.

    heeeeee kalu dia buat senyap jer, apa jadi agaknya? hehehehe

    takziah kepada seluruh keluarga pelajar dari Kedah itu... Moga beliau tabah.

    BalasPadam
  2. alamak, memang cerita pasal Rahim ni tak keluar paper. Kalau keluar paper, abih lah kena saman dengan kementerian pendidikan. hanya pelajar PMR je tau cerita pasal Rahim nih

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!