Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 13 Oktober 2010

Al-Fatihah : Berita kematian penyokong Kelantan selepas perlawanan suku akhir

Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam.
 - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal

Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Keputusan perlawanan suku akhir > Klik sini
Sumber berita : Utusan Malaysia

3 ulasan:

  1. salam dan selamat sejahtera.

    terlebih dahulu saya bersimpati dengan pemergian seorang penyokong bola sepak negara ini.

    saya ini peminat liga bola sepak tempatan. pasukan yang saya minat seperti selangor, terengganu, kelantan, pahang dan
    perak kerana mereka mempunyai pemain yang baik. jikalau mereka ada perlawanan yang berdekatan dengan lembah klang, saya pasti akan pergi
    ke stadium itu. saya dah biasa dengan keadaan stadium penuh ke, kosong ke, dah penah ada 15 orang sahaja yang duduk di kerusi penonton.
    malam tadi saya pergi ke stadium shah alam, untuk perlawanan selangor dgn kelantan. saya park kereta didalam stadium kerana ada pas fam.
    saya sudah jangkakan kepenuhan penyokong kedua2 pasukan. Kite imbas kembali, dulu hanya selangor sahaja yang mempunyai penyokong yang ramai
    atau dilebelkan sebagai PENYOKONG FANATIK. PENYOKONG FANATIK selangor ini dulu juga memang ganas. tapi PENYOKONG FANATIK selangor yang dulu2
    ni dah tua2 orangnye. dah tak larat dan tak mampu nak terlalu FANATIK. hanya baru2 ini sahaja pasukan kelantan sudah semakin hebat pasukannya.
    dan penyokongnya pun semakin ramai dan mereka juga akan menjadi....PENYOKONG FANATIK.... ini lah sebenarnya berlaku. ini sudah dilalui oleh
    pasukan dan penyokokng selangor ketika dahulu. sukar untuk menghalang perkara PENYOKONG FANATIK ini berlaku. tapi, PENYOKONG FANATIK memang penting ada,
    mereka ini lah yang akan membayar gaji2 pemain. tanpa mereka kosong lah stadium... ini lah dia..... -TIADA SIAPA YANG BOLEH UBAH DIRI SELAIN DIRI SENDIRI- ....

    BalasPadam
  2. DIA berhak mengambil semula bila-bila masa dan dimana saja yang dikehendaki olehNYA..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!