Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 13 Oktober 2010

Kemalangan di Simpang Ampat : Kelibat wanita kendong anak

*gambar hiasan

Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.

Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.

"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

2 ulasan:

  1. Mak Ngah,
    Tak elok masukkan sesuatu yang kita tak tahu asal usulnya. Nanti kelain pula.

    Yang kita tahu, bus speeding, lost control dan....

    yang pihak berkuasa, macam tak ada aje. Kalau di high way bas lari 120km, polis ronda ada macam tak nampak aje.
    joha
    kuala lipis blogger

    BalasPadam
  2. joha : terima kasih berpesan. Tapi berita ni makngoh dapat dari suratkhabar juga. Bukan berita yang makngoh dengar dari mulut-mulut orang. makngoh terlupa nak letak sumbernya. Mungkin Kosmo. :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!