Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 13 Oktober 2010

Lantai sekolah runtuh, 10 pelajar cedera di Kedah

Buletin Utama TV3

Mengejutkan, makngoh terdengar berita mengenai lantai sekolah yang runtuh di  Sekolah Keb Gunong Gunung  Keriang,  Alor Setar.

Ketika kejadian, 30 pelajar berada di kelas tersebut mengikut kelas quran dan fardu ain dalam pukul 11 pagi

Lantai yang runtuh tersebut berbentuk lubang besar sedalam 1 meter dengan luas 2 meter persegi dan pelajar yang cedera disebabkan terpelosok masuk ke lubang berkenan.

Siasatan awal mendapati, lantai tersebut tidak menggunakan konkrit besi  tetapi hanya guna alas kayu bakau. Difahamkan juga usia sekolah berkenan adalah 40 tahun.

Apa-apapun, syukur dan nasib baik tiada pelajar yang maut dan tidak cedera kritikal.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)  bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.

Namun, 10 orang cedera adalah satu nombor yang besar. Minta kementerian pendidikan ambil tindakan segera.

1 ulasan:

  1. salam,
    skola papan ke tu.. sampai bole runtuh, alhamdulillah semuanya selamat..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!