Cerita tentang adik mak ngoh yang nombor 4. Perempuan. Baru lepas SPM last year. Asalnya bijak PMR boleh 8A 1B... B nya matematik. Wat malu jer, kakak cikgu math tapi adik leh B je math. Nak wat camne dah tak ada rezekinya.
Opss...kenapa mak ngoh guna istilah asalnya bijak? sebab result SPM dia tak power sangat. Dapat 5A 2B 3C klu tak silap mak ngoh. itulah budak sekarang ni...terdedah kepada teknologi yang boleh melalaikan. Kalau main sms sampai lupa dah buku. Kalau mengadap komputer, tak jadi nak wat ulangkaji. Ye ker tidak?
Masa result matrik diumumkan hari tu, adik mak ngoh nih gagal menempatkan diri pun. Huhu. Kemudian dia buat rayuan. Selepas tu, bila result UPU diumumkan dia boleh tawaran Uitm course Diploma Pentadbiran Awam. Adik mak ngoh nih asalnya tak mahu pergi U dan nak tunggu result rayuan matrik dia.
Tapi disebabkan pengaruh kawan yang mengatakan matriks tu susah...nanti kena tendanglah ... apalah...jadi adik mak ngoh dan kawan-kawannya berpakat masing-masing terima tawaran U. Jadi, dia pun pergilah bayar yuran U yang berjumlah RM 580.
Tup tup...25hb, dia sms mak ngoh beritahu dia boleh matrik. Tapi dia tak mahu pergi pun. Dia nak pergi U. Mak ngoh pun nasihatkan dia supaya pergi matriks. Tolak U.
Dia jawab "Dah bayar yuran, nanti burn"
Mak ngoh kata biarlah burn. Yang penting masa depan.
Tapi dia jawab lagi " Kena lapor diri 25hb"
Aik... mak ngoh pun search di tenet, key in nombor kad pengenalan dia dan tengok surat tawaran matriks tu. Alahai,,,, rupanya 25hb Mei hingga 3hb Jun 2010. Mungkin adik mak ngoh menolak matriks ni sebab masa tu. Tarikh lapor diri yang diberikan tu mengejutkan dia kut. Haha.
Macam-macam ayat mak ngoh pujuk dia supaya terima tawaran matriks tu. Bukan apa... tawaran U dia tu diploma pentadbiran awam. Dah la, dia kena sambung lagi beberapa tahun untuk buat ijazah dan paling merisaukan mak ngoh takut dia tak boleh or susah dapat kerja. Yelah...sekarang nih, kita belajar..sebab nak kerja. Betul ker salah? Sebab nak ilmu tu dah jadi second aim.
Maaflah kalau ada orang pentadbiran awam yang terasa hati ye. Bukan mak ngoh nak merendah course itu cuma mak ngoh rasa adik mak ngoh lagi layak pergi matriks. Lagipun, bila dia pergi matriks, peluang pilihan kerja dia masih terbuka luas. Mana tau rezeki dia boleh jadi doktor ker, engineer ker, arkitek ker...haha berangan tol mak ngoh nih. Paling-paling pun, biarlah dia jadi cikgu macam mak ngoh nih atau nurse.
Lagipun, kegagalan masa silam bukan penentu kejayaan masa depan. Ingat yer semua. Memang diakui, adik mak ngoh gagal lah tu lam SPM dia sebab tak power sangat result dia tapiiiii walaupun dia cuma boleh matriks rayuan, belum tentu lagi dia juga akan gagal di matriks.
Semuanya bergantung kepada usaha, rezeki dan ketentuan ALLAH.
Seingat mak ngoh dulu, kolej matrik mak ngoh menerima sehingga 3 intake. Tapi tak bermakna intake yang ketiga itu tak pandai dan tak boleh maju. Ada seorang pelajar matrik mak ngoh dulu, intake ketiga...dah jadi jurutera kimia pun. Namanya Qistina. Siap boleh masuk tv lagi tu dia. Ada kisah pasal dia. Isk...isk...
Itu tak campur lagi dengan kawan-kawan UPSI mak ngoh yang ada dari kalangan 2nd intake dan 3rd intake matriks. Tapi di UPSI pointer mereka tinggi-tinggi jer. Ada yang boleh mencecah atas 3.50. So what is the problem? Soalan untuk adik mak ngoh tersayang dan untuk budak2 lain yang mengalami dilema seperti adik mak ngoh. Hehehe..
Alhamdulillah tadi...setelah dibebel oleh mak ngoh selama 2 hari...akhirnya adik mak ngoh memberitahu dia akan menerima tawaran matriks. Baguslah. Mungkin dia dah dapat sedikit keyakinan. Lagipun ada dah kawan dia yang belajar di matriks tu. Kemudian yang rayuan ni pun, ada sorang lagi kawan dia yang dapat sama matriks dengan dia. Jadi, masalahnya kawan tu bukan masalah utamalah.
Cuma...jangan ikut kawan. Memanglah sebelum pergi belajar tak ada kawan. Tapi bila dah pergi nanti, boleh kenal ramai kawan. Jadi...dapatlah kawan baru. Hehe, teingat pulak kisah mak ngoh di matriks dulu. Bestnya...ada ramai kawan tapi homesick time mula-mula di matriks.
Jadi..ucapan untuk adikku...Selamat Menjalani Kehidupan Sebagai Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis. Selamat tinggal UiTM Dunggun. Insyaallah kalau ada rezeki tahun lagi satu, adik mak ngoh akan ke Uitm pula dengan harapan...dapat course lain sikit.
Hehe..mak ngoh pulak yang over kan? Yang penting...next week mak ngoh akan ke Perlis menghantar adikku. Wah...best berjalan serata Malaysia seminggu 2 nih. Dari Sandakan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu ke Perlis. Besttt nih...
Reflection : Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis cantik lah, Datin Hajah Azuyah Bt. Hassan. Muka dia tu ada iras-iras artis. Tengok ler gambarnya.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Khamis, 27 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
tahniah pada adik.anak akak sebaya dgn adik cikgu.dia juga mendpt offer ke uitm penang course mekanikal.tapi dia ke matrik johor.awal2 aim nak jadi engineer,skang ni,bersemangat nak aim 4 flat utk ambik medic.moga ALLAH kabulkan cita2nya tu.
BalasPadamwah...tahniah juga. Baguslah kalau dia dah ada cita-cita macam tu. Tak mustahil. Di matrik nih budak2 alami byk perubahan pembelajaran. Mana tau perubahan guru dan suasana belajar membolehkan dia lagi skor dan bijak. Insyaallah
BalasPadamfbi bekas pelajar UiTM diploma sains
BalasPadamskarang master dalam bidang bioteknologi.
actually, belajar kat mana2 pun ada untung ruginya.
tapi fbi syorkan masuk matrik coz tak rugi masa (2 tahun tu beza) but be sure buat betol coz ramai juga yang terkandas masa matrik then bila nak sambung degree result kena lelong, dapat course yang bukan pilihan.
apepun makngoh, all da best to your adek
weewwweeeww:)
terima kasih fbi..mmg itu yg untung matriks...masa belajar jimat
BalasPadamsaya dulu pun bekas matriks jugak. kalau buat betul2 kat matriks tu insyaAllah boleh berjaya punya! :D
BalasPadamNadia-ism: Apa Kau Cari Dalam Cermin Penipu?
Datin Azuyah mmg sporting habis.. Dan baik2 sgt2... Hanya tuhan saja yg tau kebaikan dia tu cmne..
BalasPadamDatin azuyah Hassan dah naik pangkat skrg... Jadi pengarah JPN kedah.. Bangga kita sbg pljr KMP... :-)
BalasPadam