Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 25 Mei 2010

Padan Muka berani sangat ugut bunuh guru

Mak ngoh terbaca kisah seorang pelajar yang berumur 17 tahun telah diperintahkan hukuman menjalani pemulihan di Sekolah Menengah Henry Gurney di Melaka akibat dia telah mengaku bersalah mengugut bunuh gurunya. Gurunya,Rosli Aziz berusia 54 tahun telah diugut bunuh pada 21 April 2010 di Sekolah Menengah Batu Muda. Mana yer sekolah tu? Negeri mana tu?

Difahamkan, pelajar ini memang pelajar yang sudah ada masalah disiplin yang serius menyebabkan dia telah dikenakan hukuman buang sekolah. Mungkin kerana marah dengan hukuman tersebut, dia telah berkata kepada guru lelakinya "“Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?” Amboi...sedap ayat...sekarang sudah tidak berkata-kata.

Mak kepada pelajar tersebut juga dikenakan i bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun. Macamana bon tanpa cagaran? Tak tahu mak ngoh nih...

Ini sebenarnya kes yang telah dibawa ke muka pengadilan dan ada beribu-ribu kes lagi pelajar ugut bunuh gurunya dan gurunya cuma diamkan diri sahaja kerana fikirkan masa depan pelajar tersebut.

Dua minggu lepas, mak ngoh berbual-bual dengan adik-adik junior iaitu cikgu baru sekolah mak ngoh yang baru posting hujung tahun lepas. Sambil-sambil tu kami bercerita mengenai kelas 2C yang memang terkenal dengan pelajar yang bising dan nakal. Namun ada juga beberapa yang dengar kata. Dengan tak sengaja seorang adik junior tu bercerita dengan mak ngoh tentang seorang pelajar yang memang hati batu, memang buta hati dan tak makan saman. Mak ngoh sendiri pun surrender dengan budak tu. Budak tu juga dikatakan telah biasa meneguk arak hingga menyebabkan dia tak makan saman sangat-sangat dengan teguran, hukuman dan nasihat. Katakan namanya Ali( bukan nama sebenar)

Guru baru tu memberitahu, Ali telah berkali-kali mengugut bunuhnya. Percaya tak??? Percayalah...ini bukan tipu. Memang betul nih. Apabila guru tersebut mengugutnya kembali untuk melaporkan kepada Pengetua, budak tersebut pun jawab "aku gurau je cikgu" sambil ketawa dan tersegih. Akhirnya, budak tersebut dibiarkan saja tanpa apa-apa tindakan.

Selepas mendengar cerita tersebut dan kebetulan waktu mak ngoh masuk kelas 2C tu, jadi mak ngoh pun menyelitkan cerita tadi " dalam kelas nih, ada orang tu ugut bunuh cikgunya"... Budak-budak 2C semua saling pandang memandang antara satu sama. Tapi tiada yang tanya siapa orang tu. Kemudian mak ngoh sambung lagi " Siaplah dia petang nih..ada kereta polis tu pergi rumah dia tangkap dia...sebab cikgu dah buat report polis"

Budak-budak 2C mula bercakap dan berbisik. Kemudian seorang pelajar lelaki pun menyampuk " Cikgu... Ali kan yang ugut tu kan cikgu?"
Mak ngoh tak jawab ya ..tak jawab tidak, kemudian mak ngoh sambung " Tak baik betul lah budak tu sanggup dia ugut bunuh cikgu sendiri...isk..isk...berdosa tu"
Budak nakal yang kononnya bernama Ali tu pun jawab "Alah, biarlah polis datang...ada jugak kawanku tu...nanti kawanku tolong"

Dalam sedar tak sedar...dia sendiri mengaku. Tapi mak ngoh anggap...mungkin kerana dia budak yang tidak matang lagi. Mungkin dia sendiri tidak faham apa itu "ugut bunuh" lainlah dengan budak menengah atas yang bercakap dengan serius ugut bunuh memang wajar guru takut dan report polis.

Namun, memang disedari melentur buluh biar dari rebung. Sekarang Ali baru tingkatan 2 tapi cuma 2 3 tahun lagi dia akan meningkat besar. Kenakalannya kelihatan makin menjadi-jadi. Macamana kalau 2 tahun lagi, dia dengan serius dan nekad mengugut bunuh gurunya. Semoga Ali berubah jadi pelajar dan anak yang baik. Amin...

Kalau tidak nanti, sekolah mak ngoh pula yang glamour masuk surat khabar kisah pelajar masuk SM Henry Gurney. Oh,,,tidak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!