Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 6 Mei 2010

Nik Aziz enggan ulas isu Istana Kelantan

Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/05/06

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengambil pendirian untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang ulasan berhubung perkembangan terkini Istana Kelantan dan Operasi Gerak Saraf bagi melemahkan imej kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pendirian Nik Aziz itu disampaikan Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, kepada wakil media yang menunggu, ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
“Buat masa ini, Tok Guru (Nik Aziz) tidak bercadang untuk mengulas apa-apa pun, termasuk mengenai keadaan Tuanku (Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra).

“Mengenai isu (dakwaan peruntukan) RM4 juta seperti didakwa Kickdefella pun beliau tidak (berhasrat untuk) jawab,” katanya kepada wakil media yang menunggu di Kota Darul Naim, semalam.

Tuanku Ismail Petra kini dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Baginda berada dalam rawatan di situ sejak malam kelmarin dengan diiringi sepasukan anggota polis ke situ, yang memintas kenderaan dinaikinya sejurus keluar dari Istana Mahkota, kira-kira jam 7.15 malam.

Ketika kejadian, Tuanku Ismail Petra bersama Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid bersama anakanda ketiganya, Tengku Muhammad Fakhry, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, untuk mengambil penerbangan awam ke Kuala Lumpur sebelum ke Singapura bagi meneruskan rawatan susulan.
Blog Kickdefella kendalian Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebelum ini mendakwa diberikan peruntukan RM4 juta bagi menggerakkan OGS menerusi firma Global Media Channel (GMC) bagi melemahkan imej Abdullah dalam usaha memudahkan Pas mempertahankan Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum 2008.

Syed Azidi turut menamakan seorang Exco Pas Kelantan, ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu, pengarang kanan sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan dan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan sebagai pembiaya peruntukan itu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, ketika ditemui di pejabatnya semalam, berkata beliau tidak perlu membuat sebarang kenyataan bagi mengulas isu itu kerana namanya tidak pernah disiarkan dalam mana-mana artikel atau akhbar.

“Tak perlu mengulas mengenai isu RM4 juta kerana nama saya secara rasmi tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana (laporan) media, (selain itu,) kerajaan (negeri) tidak terbabit, (jadi) buat apa nak jawab, sedangkan nama lima dalang itu tidak disebut. Kalau tuan (media) nak minta komen, biarlah akhbar sebut dulu nama saya terlebih dulu,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!