Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 11 Mei 2010

Lewatnya paper-paperku :(

Pagi tadi mak ngoh pegi sekolah dengan hati yang terbuka (haha...terbuka lagi tu)
pas punch card, pegi ler check pigeon hole ambil buku kedatangan pelajar dan kelihatanlah kertas edaran

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

"wah...ada dah jadual" fikir mak ngoh diam2. kemudian mak ngoh cek lah paper2 yang mak ngoh ajar.

Adeh...... semua paper fizik jatuh pada 24hb mei, paper math 1 pada 25 mei dan math 2pada 26 mei. Semuanya pada tarikh akhir exam dan akhir persekolahan. Alahai abang SU Dalaman Sekolah, ari tu mak ngoh dah minta jasa baik supaya kalau boleh diawalkan paper math sbb mak ngoh risau tak sempat nak tanda kesemua paper mak ngoh klu lewat2.
FIZIK
~ paper 1 objektif 50 soalan (takper klu abc cepat skit)
~ paper 2 subjektif 3 section 14 soalan dengan anak cucu cicit
~ paper 3 subjektif 2 section 4 soalan dengan anak cucu cicit

Math
~ paper 1 objektif 40 soalan (takper klu abc cepat skit)
~ paper 2 subjektif 16 soalan

Nasib baik mak ngoh ajar fizik sekelas jer tapi math tu 3 kelas. bermakna 8 paper subjektif mak ngoh kena tanda :(

Kalau ikut format jadual SPM sbenar, bkn ker paper asas bm bi agama sains n math ni awal exam?

Mau tak mahu kena kasi angkut lah kesemua paper nih naik Airasia tuk ditanda di kampung sbb 28hbmei tu sekolah kami dah start cuti sekolah sehinggalah 20hb jun. Beratnya dengan kertas2 budak yg dianggar lebih 5 kilo gak tu. HAHAHA... Pastu, datang sini balik, kawan2 plak kirim keropok, dodol dan tudung yang berkilo2 plak. Macamana nih? ( mak ngoh jenih berkira ker ni, kira kilo airasia plak tu, adeh!)

apa-apa pun... memang mak ngoh sedar, tugas guru ni bukan hanya di sekolah je. time cuti pun cikgu kena bertugas walaupun di rumah tanpa mengira waktu sbb gaji cikgu pun dibayar walaupun cuti sekolah...kan kan kan... The point is hardworking.

Reflection : CAiyokkkkk.... u can do it :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!