Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Jumaat, 28 Mei 2010

Salah cikgukah kalau pelajar masih tak kenal ABC walaupun dah tingkatan 5?

Mak ngoh ada terbaca blog yang bercerita tentang kerjaya guru. Ada beberapa kenyataannya yang betul dan diterima akal.

Contohnya…ramai yang lari pergi ke KPLI semata-mata untuk menjadi guru dan kerana tidak tahan dengan kerjaya sebelum ni. Namun mak ngoh tertanya-tanya ramai itu berapa ramai? Adakah seratus ribu orang telah lari dari kerjaya dan apply menjadi cikgu melalui KPLI?

Lagi satu, janganlah disalahkan oleh yang lari dari kerja lama dan menjadi cikgu. Kita tahu ker hati mereka itu macamana? Jangan-jangan mereka memang ikhlas jadi cikgu…mana kita tahu?

Lepas tu, pasal KPLI nih. Adakah di UPU tu, semua course yang anda minta…anda akan dapat? Adakah bila anda minta jadi cikgu..anda dapat cikgu? Kadang-kadang tak dapat. Terpaksalah terima apa-apa course yang ditawarkan. Kemudian belajar kasi habis ijazah dan cuba apply melalui saluran KPLI untuk menjadi cikgu.

Namun mak ngoh sendiri pun memang tidak puas hati kalau ada guru yang menjadi guru semata-mata kerana nak senang dapat kerja. Cuma yang mak ngoh perasan, kalau orang tu berjiwa halus, walaupun asalnya dia tidak suka jadi guru namun lama kelamaan dia akan jatuh hati juga dengan kerjaya ni.

Kemudian, mak ngoh nak tanya adakah senang zaman sekarang nih nak masuk maktab atau ambil course pendidikan. Setahu mak ngoh, susahlah. Kalau nak jadi cikgu pointer di matriks atau STPM kena atas 3.0 minimun. Tapi pelik pula bila terbaca cerita kononnya senang betul nak masuk maktab. Orang yang pernah apply tentu tahu lah senang ke tidak.

Opss…lagi satu jangan disamakan Sabah dengan Semenanjung. Begitu juga peluang menjadi guru sandaran tidak terlatih di Sabah begitu mudah dan luas. Sedangkan di Semenanjung tidak banyak peluang dibuka untuk jadi guru sandaran tidak terlatih. Fikirlah sendiri kenapa?

Lagi satu, perlu dingatkan kerjaya cikgu nih bukan senang. Cubalah anda jadi cikgu selama sebulan. Anda tahulah apa tugas-tugas cikgu. Janganlah nampak tugas cikgu nih masuk kelas mengajar, tanda buku latihan budak jer. Lepas tu cikgu duk kantin borak-borak minum kopi. Sebelum hari guru tu pun keluar isu beban guru di sekolah banyak. Terlalu banyak tugas.

Namun dek kerana pembahagian tugas tidak sama rata, ada guru yang goyang kaki, ada guru yang tak cukup tangan. Ada guru yang main facebook di sekolah, ada guru yang update blog di sekolah, ada guru yang main games di sekolah. NAMUN, adakah itu salah semua guru? Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga yer…

Pernah tak anda dengar kisah cikgu yang bunuh diri? Kenapa yer cikgu bunuh diri? Mungkin kerja cikgu terlalu senang kut. Jadi mereka naik bosan dah dengan kerja yang senang-senang nih. Itu belum lagi dengan kes cikgu perempuan yang keguguran bayi. Cubalah anda fikir biasanya kenapa perempuan keguguran? Tentulah kerana tekanan. Kenapa guru tertekan? Sebab kerja cikgu nih terlalu senang sangat.

Kemudian… cuba ada fikirkan berapa lama guru bersama dengan pelajar? Adakah guru dan pelajar bersama selama 24 jam? Jadi adakah guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk pendidikan pelajar tersebut. Apa tugas ibubapa? Janganlah dibebankan 100% kesalahan budak tak pandai kepada guru. Pelajar tak kenal ABC, cikgu buat apa? Jangan tanya cikgu buat apa? Mak ayah buat apa? Anak sampai tingkatan 5 tak tahu lagi huruf ABC.

Tapi sebab ada orang tanya cikgu buat apa, jadi mak ngoh nak beritahu…setiap sekolah ada disediakan program pemulihan. Di Sabah pula, disediakan lagi Program Probim untuk pelajar lemah matematik, bahasa melayu dan inggeris dan mak ngoh sangat pelik kenapa ramai la jugak budak-budak di Sabah masih tidak boleh membaca walaupun sudah di Tingkatan 5. Yer, memang guru tak pandai mengajar lah tu. Di tambah pula dengan ibubapa dan kakak abang yang tidak bertanggngjawab. Beres? Masing-masing ada salah sendiri. Adil kan?

Tapi pernahkah terfikir kalau saling menyalahkan orang lain, xde faedahnya. Bila budak form 5 tak pandai lagi ABC, guru sekolah menengah salahkan guru sekolah rendah, kemudian guru sekolah rendah salahkan guru tadikanya, kemudian guru tadikanya nak salah saper? Nampak tak ? Tiada kesudahanya. Yang memang akan sudah, jom berganding bahu menolong budak yang tidak pandai tu. Kan lagi bagus.

Dan mahu memberitahu lagi… bahawasanya memang wujud budak yang bernama slow learner. Bukan bodoh tapi lambat belajar. Kebanyakannya memang budak-budak yang mengikuti kelas pemulihan adalah terdiri dari budak slow learner. Silapnya, masyarakat kita, bila dia tengok ada budak yang langsung tak pandai-pandai nih, dia kata budak tu bodoh. Cikgu budak tu goyang kaki tak mengajar. Untuk pengetahuan, budak macam nih ajar sekali ingat sekali, ajar hari nih esok lupa. Mereka perlukan ajaran dan bimbingan yang berterusan. Cikgu cuma boleh membantu sehingga pukul 3 petang sahaja di sekolah dan selamanya 5 hari sahaja seminggu. Selebihnya tu…tolonglah mak ayah ajarkan. Nak anak berjaya janganlah diletak 100% tugas itu kepada guru sahaja.

Mak ngoh pun pelik, kenapa dalam satu kelas tu ada budak yang pandai dan ada budak yang langsung tak pandai. Padahal cikgu yang sama, bahan mengajar yang sama. Macam mak ngoh mengajar di kelas 5B. Ujian lepas, seramai 20 orang dari 30 orang pelajar dapat A tapi yang sedih sangat seramai 2 orang pelajar dapat 3% sahaja (tiga peratus) Aduh!!! Gugur rambut mak ngoh.

Kenapa jadi macam tu. Yer…salah mak ngoh lah tu tak pandai mengajar. Mungkin kaedah mak ngoh yang tidak dapat diterima oleh 2 orang pelajar tersebut. Memang cikgunya yang bermasalah nih. Itulah, cikgunya asyik main blog jer. Jadi mak ngoh kenalah buat kelas tambahan petang, malam , Sabtu dan Ahad untuk budak 2 orang tu. Ok..Beres… Jangan tak percaya, mak ngoh memang buat kelas tambahan berturut-turut sabtu dan ahad untuk budak-budak.

Menyedihkan juga, sebab ada kacang lupakan kulit. Bila berjaya…dan bila ditanya tentang kejayaan, ada segelintir pelajar tidak mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang mengajar. Yang utama mak ayah mereka. Kemudian cerita mereka yang susah payah buat nota ringkas, susah payah bangun tengah malam buat latihan, susah payah buat peta minda dan macam-macam lagi susah payah mereka.

Kesimpulan, kita semua memegang tangungjawab untuk kejayaan pelajar. Janganlah disalahkan sistem pendidikan negara. Banyak dah yang kementerian buat untuk budak-budak. Bagi biasiswa dan bagi KWAPM. Tapi sayangnya, bila dapat duit KWAPM, ibubapa buat beli handphone, buat bayar insuran kereta, bayar road tax, ada yang buat beli emas dan macam-macam lagi. Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk beli buku dan persekolahan anak tapi digunakan untuk benda tak berfaedah.

Apa-apa pun Mak ngoh bahagia dan bangga jadi cikgu walaupun kadang-kadang tugas itu banyak dan mak ngoh suka jer dengan tugas-tugas yang diberikan. Lagi satu…apa kerja atas dunia ni yang dengan senangnya sebelum pukul 7 pagi sudah ada berpuluh-puluh orang yang jumpa anda dan mendoakan kesejahteraan anda.

Mak ngoh paling suka yang nih. Jalan jer pagi-pagi di kawasan sekolah jumpa budak semuanya beri salam, yang bukan islam menyapa dengan sapaan sopan. Bahagianya. Itu belum bila masuk kelas, satu kelas pula beri salam mendoakan kesejahteraan gurunya. Amin dan Alhamdulillah.

2 ulasan:

  1. penulisan yg bernas! kdg2 trfikir gak...layakkah aku mnjd guru? bcoz aku bakal guru...huhuhu


    WORDZ-SPACE
    (blog skema giler tahap gaban)

    BalasPadam
  2. terima kasih..samalah macam mak ngoh belajar dulu...terfikir pandai ker mngajar nih. Tapi course pendidikan tu byk mengajar cara mengajar dan beri keyakinan utk kita jadi guru...
    Yang penting, niat ikhlas nak jadi cikgu

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!