Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 9 Mei 2010

Cikgu Bunuh Diri?

Masyaallah...terkejut sgt mak ngoh baca cerita yang berlaku di Kuala Perlis nih. Seorang guru lelaki berumur 40 tahun telah menghantar sms kepada isterinya memberitahu ingin pergi selama-lamanya.

kemudian, mayat beliau ditemui lemas dan dipercayai telah terjun ke laut. Menurut isteri arwah

“Selepas menerima SMS itu, saya terus meninggalkan sekolah untuk ke pantai dan menjumpai kenderaan Proton Exora dan telefon bimbit milik suami. Daripada situ saya yakin, suami terjun ke laut seperti dinyatakan dalam SMS.


“Pada mulanya, saya menjangkakan SMS terakhir dihantar suami sebagai satu gurauan tetapi tidak sedap hati dan terus menghubunginya, namun tiada jawapan,” katanya yang sedih ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

“Dia mendakwa tertekan kerana tidak sesuai berada di sekolah baru berkenaan. Namun, saya langsung tidak menyangka dia sanggup mengambil tindakan sebegini, apatah lagi malam tadi dia kelihatan biasa saja terutama ketika bermain dengan tiga anak kami,” katanya.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat dan bekas menteri besar perlis, Datuk Shahidan Kasim pun ada melawat arwah. Mansor Lat memberitahu bahawa arwah telah ditukarkan ke sekolah lain kerana kenaikan pangkat.

Amat sedih dengan perkara ini. meninggalkan anak kecil 5 tahun, 9 tahun dan 11 tahun. Benarkah kejadian ini? Atau pun arwah dibunuh?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!