Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 13 Mei 2010

lelaki kawin lelaki...


alamak, time duk driving ke sekolah tadi. mak ngoh terdengar lah cerita dari dj2 muzik.fm mengenai lelaki yang menyamar jadi pompuan yang berlaku di negara China. Difahamkan lelaki tersebut yang baru berumur 18 tahun telah ditipu oleh seorang wanita yang kononnya menjanjikan pekerjaan kepadanya. Rupa-rupanya wanita tersebut telah menjual budak lelaki tu kepada seorang lelaki. Jual bukan sebarang jual . Jual untuk dikahwinkan dan wanita itu telah menerima wang hantaran bagi pihak budak lelaki itu. Namun, lelaki yang sudi mengahwininya itu tidak tahu bahawa yang mahu dikahwininya adalah seorang lelaki. isk isk

Tindakan wanita itu, telah membuatkan budak lelaki tu dapat idea untuk hidup senang tanpa kerja keras. caranya, dia menyamar menjadi pompuan dan mengajak lelaki berkahwin. Sebaik sahaja menerima wang hantaran yang kira-kira brjumpa RM 4700, lelaki tersebut akan menghilangkan diri dari suaminya. Alahai... Perbuatan kali pertamanya berjaya. Perbuatan kali keduanya pun berjaya. Namun kali ketiga, lelaki tersebut ditangkap.

Itu pun, ditangkap setelah beberapa orang pompuan mengesyaki bahawa lelaki yang kononnya perempuan itu hanya menyamar semata-matanya. Akhir kata, DJ muzik.fm tu kata " hanya jauhari mengenal manikam"...betul lah tu. Hanya pompuan yang kenal pompuan tulen ke tak? Haha... Opss... lelaki tersebut tidak pondan yer, dia lelaki tulen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!