TAWAU - Seorang wartawan meminta polis memberi penjelasan kenapa anaknya, Shyril Azlan, 19, yang mati lemas selepas terjun ke dalam bekas lombong dekat kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur, untuk mengelak diberkas polis, Khamis lalu, dilabel sebagai suspek jenayah.
Mohamad Yusup Lewah, 49, wartawan akhbar tabloid 'Tanjung Metro' di sini juga meminta diberikan kebenaran melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian samun wanita berumur 63 tahun di Taman Mastiara, Jinjang, Kuala Lumpur, di mana anaknya dikatakan suspek utama kes itu.
“Kalau betul anak saya penjenayah, saya reda tetapi sekarang saya masih tidak jelas dan tidak mengerti bagaimana polis boleh sampai kepada kesimpulan bahawa anak saya suspek jenayah.
“Kalau anak saya suspek utama pun, polis mesti selamatkan dia semasa dia terjun ke dalam bekas lombong sebab jika dia terselamat, maka selesailah kes itu kerana anak saya boleh membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Yusup berkata, isterinya sudah membuat laporan berhubung kes kematian Shyril di Balai Polis Gombak.
Beberapa media pada Jumaat lalu melaporkan mengenai seorang lelaki yang mati lemas apabila nekad terjun ke dalam sebuah tasik buatan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Intan Baiduri, Kepong.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, Shyril terjun ke dalam tasik manakala beberapa rakannya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
“Lelaki itu adalah suspek yang dikehendaki polis kerana melakukan samun ke atas seorang wanita warga emas di Taman Mastiara, Jinjang pada 9 April lalu.
“Ada penduduk mengecam wajah suspek yang dipaparkan di media dan mereka menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai suspek itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Khamis lalu.
Zakaria dilaporkan berkata, jarak antara suspek dan polis kira-kira 50 meter, maka polis tidak dapat menahan dan menghalang suspek daripada terjun ke dalam tasik.
“Ketika itu, suspek sedang melepak bersama empat hingga lima rakannya di tebing tasik.
"Melihat kehadiran van polis, suspek bertindak lari ke arah jeti dan terjun ke dalam tasik,” katanya.
Katanya, apabila suspek terkapai-kapai, polis terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyelamatkan suspek.
"Mayatnya ditemui anggota bomba kira-kira sejam selepas itu dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya. - Bernama
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Isnin, 17 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)