Wah..pegi sekolah pagi...ada kek hari guru atas meja. tapi tidak terkejut sangat coz mmg budak2 ada gtau nak bagi sesuatu. haha..dorang ni mmg tak pandai bagi suprise. ada jer tukang kasi bocor rahsia. tiap tahun macam tu. Kononnya sembunyi2 letak hadiah atas meja mak ngoh dan nama dirahsiakan. tapi pastu terbocor gak rahsia dorang. Kesian... Nak wat camner dah mak ngoh nih ala2 CSI NY klu wat siasatan. Kadang2 tak wat siasatan pun,maklumat datang sendiri.
Terima kasih pada studentsku sayang. Cikgu sayang kamu semua macam sayang darah daging sendiri,macam sayang saudara sendiri. Semoga berjayalah hidup dunia akhirat anak didik cikgu . Semoga ilmu yang cikgu curahkan, digunakan untuk kebaikan.
Terima kasih anak didikku sayang kerana sentiasa memberi kerjasama semasa cikgu mengajar. Terima kasih kerana sentiasa bermanis muka dgn cikgu. Terima kasih kerana mendengar segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu. Terima kasih kerana faham, cikgu juga seorang manusia biasa yang kadang2 bermain dengan perasaan.
Namun...lambat atau cepat, cikgu harus meninggalkan kamu semua dan cikgu diamkan tanpa memberitahu seorangpun di kalangan kamu kerana cikgu tak mahu kamu bersedih terlalu awal hingga menganggu pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)