Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 1 Mei 2010

itik melintas jalan...

Haha....ekekekek....baru bulan lepas mak ngoh cite pasal burung murai melintas jalan... ini plak kes ibu itik dan anak2nya melintas jalan di New York. Tengok gambar tu...mereka beratur untuk melintas jalan. ahaksss


Disebabkan kesibukan kota, ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.

Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.

Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain. Sebab itik tu takut kat manusia. tp sebab anak punya pasal, tak boleh tinggalkan anaknya.

Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.

Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan.- credit to Kosmo :)

Reflection ::: sedangkan ibu itik tidak sanggup meninggalkan anak. Ibu manusia ada gak segelintir yang sanggup tinggalkan anak hingga mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!