Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Selasa, 18 Mei 2010

Jadi isteri sanggup lepas tak mampu bayar denda khalwat...

Jerat kasih denda khalwat
Oleh Mohd Harzrul Aminuddin dan Ahmad Ismail

2010/05/18 MUAR: Dua wanita yang tidak mampu membayar denda RM3,000 setiap seorang selepas didapati bersalah oleh mahkamah syariah kerana berkhalwat, lega apabila muncul seorang lelaki budiman sanggup menghulurkan wang tanpa menyedari ia ibarat jerat percintaan apabila mereka terpaksa menjadi ‘isteri sanggup’ semata-mata kerana mahu mengelak dihumban ke penjara.

Begitu nasib wanita yang dibiarkan sendirian menanggung denda mahkamah, sedangkan pasangan khalwat mereka yang sebelum ini seronok memadu asmara ketika dicekup pihak berkuasa agama hanya mementingkan diri sendiri.

Kisah pelik tetapi benar ini menimpa dua wanita yang kini bermadu iaitu Azah dan Ani (bukan nama sebenar) yang masing-masing berusia 25 dan 32 tahun apabila terpaksa menjadi isteri kedua dan ketiga seorang usahawan berusia 55 tahun itu.

Azah, 32, berkata dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 55 itu dua tahun lalu.

“Sebelum itu saya ditangkap berkhalwat dengan pasangan di sebuah rumah di Segamat dan akibatnya, kami didakwa di mahkamah sebelum didenda selepas didapati bersalah.

“Mulanya, saya ingat teman lelaki jujur, tetapi tanggapan saya meleset apabila dia yang disangka sanggup sehidup semati bertindak di luar batas dan hanya membayar denda untuk dirinya.

“Saya terkejut dengan tindakannya (teman lelaki) kerana sebelum perbicaraan dia berjanji akan bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan di mahkamah,” katanya.


Azah berkata, dia kaget dengan tindakan teman lelakinya yang sanggup membiarkan dirinya terkontang-kanting mencari duit untuk membayar denda atau menghadapi risiko dipenjara dua tahun.

“Saya hanya mampu menangis di luar mahkamah selepas hukuman dijatuhkan. Saya terpaksa meminta penangguhan kepada mahkamah untuk berusaha menjelaskan denda itu,” katanya.

Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda.

“Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya.

“Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya.

Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua.

Menurutnya, setahun kemudian, dia dikejutkan dengan khabar angin suaminya berkahwin satu lagi dengan seorang gadis berusia 20-an menerusi taktik jerat kasih yang sama.

Isteri ketiga yang hanya dikenali sebagai Ani, kini berusia 25 tahun, berkata dia bermadu dengan Azah selepas terpaksa berkahwin dengan suami, juga melalui taktik ‘isteri sanggup’.

Seperti Azah, Ani juga ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, namun tidak mampu menjelaskan denda dikenakan mahkamah.

Bagi mengelakkan kejadian itu diketahui keluarga, dia terpaksa memberikan persetujuan terhadap syarat yang dikenakan lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya sebelum mengadakan upacara akad nikah sebulan selepas itu.

“Kami (Ani dan Azah) bahagia dengan suami walaupun terpaksa berkongsi kasih dan melalui perjanjian yang pelik pada awalnya,” katanya ketika ditemui di rumah Azah di Sungai Abong di sini.

Namun, di sebalik kebahagiaan dua madu ini, pada masa sama kedua-dua wanita terbabit melahirkan kerisauan terhadap sikap suaminya yang seakan-akan ghairah mencari isteri melalui perjanjian pelik terbabit.

Kedua-dua suri rumah sepenuh masa itu yang masing-masing dihadiahkan sebuah kereta bimbang muncul pula madu keempat melalui kaedah jerat percintaan seperti yang dialami mereka sebelum ini.

Reflection : Pelik jugak... hm..bukan ker kalau tak boleh bayar denda, masuk penjara. Ini mesti kes nak idup senang jer, sebab tu sudi kawin dengan laki tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!