Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 24 Mei 2010

Guru wanita mangsa lelaki PENGIKIS

Hakikat kehidupan...bukan mak ngoh nak burukkan semua lelaki bersifat pengikis tapi tak dinafikan ada segelintir lelaki yang berjiwa iblis dan cuma mahu hidup senang dengan hasil penat lelah seorang wanita bergelar isteri.

Mak ngoh ada 2 kisah benar yang berlaku di sekeliling mak ngoh sendiri. Kisah pertama nih mengenai seorang guru wanita yang mengajar di salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumah mak ngoh. Dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bertugas sebagai tentera di Perak. Lebih kurang setahun berkenalan, akhirnya mereka berkahwin, kononnya lelaki ini, tidak sabar untuk mendirikan rumahtangga. Di awal perkahwinan, mereka hidup berjauhan, maklumlah isteri di Sandakan, suami di Perak.

Di dalam kejauhan, si suami meminta si isteri membelikan buah tangan setiap kali pulang ke Perak. Buah tangannya bukan alang-alang. Mahu dompet, mahu seluar dan baju yang mencecah ribu ringgit. Namun dek kerana buta cinta, guru wanita itu menurut kata suaminya. Kemudian awal tahun 2009, guru wanita tersebut telah berjaya ditukarkan ke Perak dan tinggal bersama dengan suaminya. Si suami meminta isteri membelikan kereta VIOS untuk kegunaan mereka. DAN kereta VIOS itu pula, diletakkan nama si suami, atas permintaan suaminya. Guru wanita itu mula merasa curiga namun dek kerana sayang dibiarkan je


Hari demi hari... semakin banyak permintaan si suami dan semakin terhakis gaji si isteri. Kemuncaknya, apabila si suami meminta si isteri membelikan sebuah banglo dengan dan dinamakan atas nama suami. Si isteri mula naik angin dan bising. Dengan hati iblis suami pun kata " Hei, kera..aku suruh kau beli, kau beli je lah. Kau ingat aku suka sangat ker kat kau?" Tengoklah dan hayatilah. Akhirnya, pasangan ini bercerai di pertengahan tahun 2009. Berakhirlah derita guru wanita tersebut hidup bersama lelaki durjana yang cuma mengambil kesempatan.


Kisah kedua pulak adalah kisah yang sedang berlaku dan belum ada kesudahan. Mengenai seorang guru wanita yang teramat baik hati. Mak ngoh kenal sangat guru nih, dia jenis tak pandai nak marah orang pun. Tak pandai mengumpat dan tak pandai memburukkan orang. Namun kerana sedih dan tidak tahan, akhirnya dia meluah dengan rasa dengan mak ngoh. Meminta nasihat dari mak ngoh, tapi apalah yang boleh mak ngoh buat. Hanya sekadar menasihatkannya berdoa dan bersabar.


Episod cintanya bermula sejak di UPSI, dia berkenalan dengan seorang lelaki di intenet dan kebetulan lelaki tersebut juga tinggal dan bekerja di Tanjung Malim. Dengar kata lelaki tu bekerja sebagai pegurus estet. Perhubungan yang rapat dan mereka ini sentiasa bergaduh. Lepas gaduh, baik balik. Begitulah setiap masa. Akhirnya pasangan ni bertunang pada hujung tahun 2005. Di dalam masa bertunang tu pun, mereka sentiasa bergaduh sebab lelaki tu kaki perempuan. Akhirnya mereka putus tunang tahun 2006 tetapi tiba-tiba selepas kami semua habis praktikal mengajar, guru wanita ini memaklumkan dia akan berkahwin dengan lelaki tersebut. Masa tu kami sekadar ber SMS dan mak ngoh tanya " Yakin ker dengan keputusan nih? Dia jawab " YA, laki tu dan berjanji akan berubah demi aku". Namun hati mak ngoh masih tak percaya dengan lelaki tu. Malah mak ngoh tak pergi pun ke majlis perkahwinan mereka. TAnda BoikOT ??? Entah lah.

Kemudian, awal tahun 2007, kami mula posting dan kawan mak ngoh nih mengenalkan mak ngoh dengan suamina. Memang dari riak wajahnya...sangatlah tidak boleh dipercayai. Semasa semua guru baru sedang berkumpul di dewan, kawan mak ngoh nih menunjukkan mak ngoh kepada bekas kekasih suaminya yang juga seorang guru. Bekas-bekas kekasih. Teruk laki tu. Memang dia dah aim guru UPSI.

Kami sama-sama posting ke Sabah. Suami kawan mak ngoh nih ditinggalkan di semenanjung kononnya sebab dia pun kerja. Baru jer 3 bulan posting, kawan mak ngoh nih dah buat personal loan RM 50 ribu . Tujuanya, sebab suaminya nak beli kereta BMW. Bengang tol mak ngoh time dengan cerita dia. Itu belum lagi cerita suaminya yang curang dengan perempuan dan adik-adik UPSI.


Kemudian, setahun kemudian, kawan mak ngoh boleh tukar ke semenanjung dan tinggal bersama suami. Dia dah dapat anak seorang time. Tapi cerita suaminya curang tak habis-habis lagi. Yang paling menyakitkan hati, rupanya suaminya berhutang dengan mak dia untuk duit hantaran perkahwinan mereka. Mahu tak mahu, kawan mak ngoh nih terpaksa pulak buat loan RM 10,000 untuk membayar hutang hantaran perkahwinan tersebut. Kemudian baru-baru nih, dia beritahu mak ngoh baru buat loan dengan potongan gaji RM 1200 sebulan selama 15 tahun. Loan itu untuk suaminya buka perniagaan tapi dah bankrap pun perniagaan tersebut.


Kini, kawan mak ngoh tu sedang mengandung anak kedua. Suami dah jarang-jarang balik ke rumah kerana sibuk dengan perempuan lain. Antaranya perempuan tu adalah seorang ustazah yang bertugas di Johor. Ustazah tu dah tahu laki tu dah kawin tapi masih nak mengatal gak. Hm... tak tahulah. Wanita menganiaya wanita. Untuk bekalan bersalin nanti, kawan mak ngoh ada simpanan RM 5000 di bank yang disimpan sembunyi tanpa pengetahuan suami tapi rupanya bila nak pergi ambil, duit tu dah licin dikebas oleh suami dengan menggunakan ATM.

Berani dan kejam suaminya tu, di telefon bimbitnya buat wallpaper gambar perempuan lain. Kemudian bila bergaduh, dia akan mengugut kawan mak ngoh melarikan anak sulung mereka yang baru berumur 3 tahun. Mak ngoh sedih sangat dengan nasib kawan mak ngoh nih. Sangat sedih. Tak tahulah macamana kesudahannya. Pernah mak ngoh nasihatnya supaya bercerai namun dia kata dia fikir anak dan fikir duitnya yang dah banyak habis.

Siapa yang baca cerita nih, tolonglah doakan semoga kawan mak ngoh nih mendapat penyelesaian bagi masalahnya. Tolonglah doakan kebahagian kawan mak ngoh nih. Dia seorang yang sangat baik dan tidak pernah melukakan hati mak ngoh pun sepanjang 10 tahun kami berkawan. Mak ngoh sangat kasihankan dia.


Pesanan kepada diri sendiri dan kepada guru wanita ataupun wanita yang bkerja yang bujang, pilihlah suami dengan baik. Berhati-hatilah dengan lelaki yang berjiwa iblis. Semoga kita semua mendapat pasangan yang beriman kepada ALLAH dan yang berniat baik kepada kita. Amin...

4 ulasan:

  1. hmm..kesian..moga diakhiri dengan kegembiraan dan kebahagiaan...

    BalasPadam
  2. Doa orang dianiaya dimakbulkan Tuhan.

    BalasPadam
  3. Hello,
    Saya Rev.Dr Daniel Arjan, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur di rumah pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
    (rev.dr.danielarjan@gmail.com)

    BalasPadam
  4. Adakah anda dalam apa-apa masalah kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan atau untuk membayar bil-bil anda? Kami memberi pinjaman kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Mohonlah sekarang Via Email: elenanino07@gmail.com

    Terima kasih dan Tuhan memberkati
    Puan Elena

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!