SHAH ALAM - Walaupun keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, mendesak supaya polis memohon maaf atas kematian arwah remaja itu akibat terkena tembakan anggota perondanya namun permintaan itu enggan dilayan oleh pihak berkuasa itu.
Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berpendapat, individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.
Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.
"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas"
"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Reflection : Kedengaran sedikit ego jawapan yang diterima drpd pihak polis ini. Tapi bukan mak ngoh nak salahkan polis pun. Mohon maaf tak semestinya kita berada di pihak yang salah. Orang yang benar pun boleh mohon maaf. Apa salahnya kita merendahkan hati, bersimpati dan memahami perasaan mereka yang telah kematian ahli keluarga. Tentu hancur luluh keluarga arwah baca jawapan pihak polis yang menjawab bahawa orang yang harus minta maaf adalah orang yang membenarkan arwah keluar. bagaimana klu pkara ini tjadi pada keluarga kita sdiri?

apa pun, mak ngoh nak minta maaf sbb mengutarakan isu nih. tugas polis jaga keamanan selama ini idak dpt dnafikan budi dorang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)