Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 5 Mei 2010

Sultan Kelantan diberi rawatan susulan di HUSM

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan susulan malam tadi.

Baginda yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard diiringi pasukan polis dari Istana Mahkota ke hospital berkenaan pada jam 7.15 malam bersama-sama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abd Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry serta dua doktor. Difahamkan, baginda sepatutnya menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menaiki penerbangan jam 7.50 ke Kuala Lumpur, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, tetapi diminta ke HUSM oleh pasukan polis.

Sejurus tiba di HUSM, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Wad Diraja untuk pengawasan perubatan, manakala Tengku Muhammad Fakhry bersama dua doktor itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sebelum dibenarkan pulang, manakala Tengku Anis kembali ke Istana Mahkota.

Setakat jam 10 malam tadi, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan atau Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, yang turut kelihatan di HUSM.

Kira-kira jam 9.15 malam, Tengku Anis kelihatan memasuki HUSM menerusi pintu belakang, dipercayai untuk melawat baginda.

Abdul Halim yang dikawal anggota polis dan pengawal peribadi ketika meninggalkan HUSM jam 9.25 malam, enggan memberi sebarang ulasan.
Sementara itu, kekanda Tuanku Ismail Petra, Tengku Marjan Sultan Yahya Petra, yang ditemui sejurus melawat baginda, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pembabitan polis tetapi memaklumkan kesihatan baginda stabil.

"Saya sebagai kakak juga dilarang berada lama bersama baginda. Baginda sepatutnya ke Singapura pagi tadi (semalam), malangnya pesawat khas tidak dibenarkan mendarat.

"Berikutan itu, kami menguruskan baginda meneruskan perjalanan ke Singapura menaiki pesawat Mas kerana penerbangan ke Singapura dijadualkan 10.50 malam dari KLIA," katanya.

Terdahulu, dalam sidang akhbar tengah hari semalam, Tengku Muhammad Fakhry, mendakwa Sultan Kelantan tidak dapat berangkat ke Singapura kerana pesawat sewa khas itu tidak dibenarkan mendarat di lapangan terbang.

“Tujuan Tuanku ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan yang sudah diatur doktor pakar yang pernah merawatnya di sana. Ia atas pembiayaan peribadi dan bukan ditanggung kerajaan negeri,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!