~~~**selamat mencuba**~~~
~ Asam Mangga
Bahan-bahan
Satu biji buah mangga muda
sebelah bawang besar
garam secukup rasa
gula secukup rasa
cili padi yang ditumbuk(kalau nak pedas)
sedikit cuka
sedikit belacan (kalau suka)
2 sudu udang kering yang telah ditumbuk kasar ( kalau suka)
Cara membuat
1) Mangga muda dikupas kulit dan diracik, dicincang kecil tapi jangan halus sangat or kasar sangat
2) Rendamkannya di dalam air garam, itu pun kalau tak mahu mangga terlalu masam. Tak rendam pun tak per sebenarnya. Kalau rendam mangga tu, lepas rendam toskan mangga. Masukkan mangga di dalam mangkuk
3) Bawang besar dicincang halus, lepas tu digaul dengan mangga.
4) Masukkan garam, gula dan sedikit cuka. Gaul hingga sekata.
5) Masukkan sedikit belacan, cili padi atau udang kering jika berminat.
6) Tadaaaa.....siap sudah :)
***Mak Ngoh suka buat asam mangga nih. Simple dan cepat. Sesuai sebagai penambah selera :)
~ Kerabu Mangga
Bahan-bahan
Satu biji mangga ( tua atau muda pun ok tapi jangan mangga yang dah masak)
seekor isi ikan kembong yang telah direbus dan ditumbuk
segengam kelapa parut digoreng dan ditumbuk
sebatang serai ditumbuk halus
2 ulas bawang merah ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
sedikit lada hitam ditumbuk
sedikit garam
sedikit gula
sedikit budu ( kalau suka)
Cara membuat
1) Mangga dikupas kulit, dicincang dan direndam air garam ( itu pun kalau tak mahu masam sangat). Boleh juga kalau tak mahu rendam air garam.
2) Satukan semua bahan yang ditumbuk dan gaul sebati dalam mangkuk.
3) Masukkan mangga yang telah dicincang dalam mangkuk bahan yang tumbuk. Gaul sebati.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5) Kalau suka pedas masukkanlah cili padi yang ditumbuk. Kalau nak tambah budu, kena masukkan budu dulu sebelum masukkan garam. Maklumlah budu nih masin.
*** buah mangga boleh gak ditukar dengan buah bacang dan peria ( wajib rendam dengan air garam) dan buah betik.
*** kalau suka kerabu yang banyak ikan, gunalah 2 ekor ikan. tapi kalau banyak ikan sangat tak sedap gak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)