Mak ngoh bukan nak mengutuk orang jongang yer... tapi nak bercerita tentang masalah gigi jongang. Gigi dikatakan dalam keadaan jongang iaitu apabila gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite.
Orang yang bergigi jongang sepatutnya dikasihani kerana bukan senang mereka dengan kelemahan rupa mereka berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam . Ada manusia yang jenis tak kisah dan bagi sokongan itu baguslah. Tapi sayangnya ada manusia yang tidak peka dengan jiwa orang jongang nih dengan mengutuk malah ada dijadikan sebagai bahan jenaka. Tak baik lah orang-orang nih.
Apa punca gigi jongang? Sebenarnya jongang berpunca sejak bayi lagi dengan penggunaan puting tiruan atau barang yang digigit oleh bayi hingga menyebabkan struktur gusi mereka berubah. Malah sebenarnya, dengan mengigit jari sewaktu kecil pun boleh menyebabkan gigi jongang tau.Gambar kat atas tu adalah jenis-jenis jongang yang biasa berlaku. Gambar A dan B tu adalah jenis masalah gigi yang biasanya ramai jugak orang yang hadapi. Namun disebabkan kedudukan gigi yang tidak ketara bermasalah jadi orang masih lagi rasa selesa. Jongang yang paling digeruni tu adalah macam digambar C. Gambar jenis C ini dinamakan Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) dan diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os. Jongang kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas seperti dalam gambar C. Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek.
Apakah yang patut dibuat bila gigi jongang? Oleh sebab gigi jongang nih sudah boleh dilihat sewaktu kecil lagi, jadi mak ngoh rasa sepatutnya ibubapa patut ambil tindakan awal bagi memulihkan susunan gigi anak-anak, terutamanya jika anak mengalami masalah macam dalam gambar C. Banyak kelebihan jika rawatan dibuat ketika masih kecil kerana dalam usia muda gusi masih lagi lembut dan mudah dibentuk, sesuai lah kalau nak buat rawatan seperti memakai pendakap gigi. Cuma masalah yang dihadapi ialah mengenai bayaran perubatan. Maklumlah, rawatan pendakap gigi atau braces nih memanglah mahal. Namun jika anak anda bersekolah di sekolah kerajaan sebenarnya anak anda boleh mendapat pengurangan bayaran. Biasanya, hanya RM 500 dikenakan kepada pelajar dari tadika hinggalah ke universiti untuk mereka yang mahu membuat rawatan pendakap gigi.

Bagi mereka yang sudah tidak belajar, tapi mahu membuat rawatan gigi nih, anda boleh cuba-cuba tanya harga di hospital kerajaan. Tapi dengar kata, kalau buat di hospital kerajaan nih, lambat la sikit sebab ramai yang sedang beratur menunggu giliran. Kalau nak buat di klinik swasta, anda kenalah sedia duit dari RM 1000 hingga RM 2500 untuk pendakap gigi atas dan bawah dan jenis biasa ( bukan yang macam misha omar pakai tu)
Well..sebelum pakai pendakap gigi biasanya sebatang dua gigi perlu dicabut terutamanya untuk kes gigi jongang nih. Anda kenalah ready, kalau doktor kata...gigi atas sebelah kanan dan sebelah kiri kena dicabut nih...barulah gigi boleh disusun dengan teratur. Tujuan gigi dicabut adalah supaya ada ruang untuk gigi jongang gambar C bergerak masuk ke bahagian dalam.
Bagi aktivis agama, ada pendapat mengatakan rawatan pendakap gigi adalah mengubah ciptaan ALLAH. Namun ada setengah pendapat, kalaulah gigi itu menyebabkan anda susah makan, anda susah bergaul dengan orang....jadi bolehlah buat rawatan tu. Cuma janganlah buat rawatan pendakap gigi berniat untuk mengoda orang dan untuk kelihatan cantik sehingga ada orang yang jeles..itu lain kes lah ye.
Kepada mereka yang bergigi jongang, janganlah sedih dan janganlah marah kecewa dengan ciptaan ALLAH ini. Anggaplah itu adalah ujian hidup untuk anda. Anda terpilih kerana anda adalah orang yang sabar dan mampu menerima ujian ni. Kepada mereka yang menertawakan orang jongang plak, jgn lupa...anda telah menertawakan ciptaan ALLAH. Hebatkah anda ketawakan ciptaan ALLAH?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)