Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kutuk negeri Kelantan sebab video dikir barat

Puncanya dari video dikir barat yang dinyanyikan oleh 3 penyanyi wanita dikir barat yang terkinja-kinja, seksi dan sangat-sangat mendedahkan aurat. Yang mereka komen adalah lagu Yank (lagu Wali Band) yang telah dijadikan versi dikir barat.

Ada banyak video-video dikir barat yang telah 'dimodenkan' dan 'dirosakkan' oleh mereka-mereka yang tak bertanggungjawab hingga memalukan negeri Kelantan. Rujuk sini kalau nak tengok http://www.youtube.com/watch?v=FORnVdMqjnA

Di bawah pula komen-komen dari mereka yang telah melihat video Yank versi dikir barat. Sedapnya mengutuk negeri Kelantan.






Dalam banyak komen-komen tu, makngoh tertarik dengan satu id yang bernama Yussalina Lynn. Apabila makngoh klik rupanya ada sudah ada 1 group yang mengutuk budak Yussalina Lynn ni. Dalam group tersebut ada gambarnya di bawah.Cuba anda baca komennya mengenai gadis kelantan yang suka mendedahkan aurat dan membuka luruh sana-sini. Tengoklah gambar dia dan anda tafsir sendiri.

Makngoh rasa tak salah juga komen-komen sebegitu. Memang ada sesetengah gadis Kelantan yang tidak menutup aurat dan ada yang seksi mengalahkan gadis bandar sedangkan orang kampung bermandi perigi.

Apa yang berlaku ini adalah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Ingatan kepada mereka yang mengutuk seluruh rakyat Kelantan
O-:o time kutuk memang sedap tapi macamana anda nak minta maaf kalau kenyataan anda itu SALAH dan telah menyinggung perasaan semua orang Kelantan? Nak jumpa satu-satu ker orang Kelantan untuk minta maaf?

O-:0 Sorry, makngoh tak maafkan orang yang mengutuk itu dan makngoh rasa orang Kelantan yang lain pun takkan maafkan apabila disalahlabel akibat perbuatan orang lain.

O-:o Jika anda berada di tempat kami pun, tentu anda marah apabila dikutuk sedangkan anda tak buat apa-apa salah tetapi orang lain yang buat.

p/s : apabila kita dikutuk, ucapkanlah ALHAMDULILLAH.
Cukuplah ALLAH di sisiku.

2 ulasan:

  1. hm..jgnlah ada semangat kenegerian yg tak baik mcm ni..semua org patut sedar yg asas sebenar adalah agama Islam..jadi sama2 seislam mestilah tegur menegur cara baik..

    BalasPadam
  2. hurm..tiba2..terbaca enrty awak..nih..menarik..tpi rsnya..kalo..dalam kita mengutuk orang lain..kita x sedar kita telah mengutuk diri sndiri kan???..sama2 lah bertaubat..=)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!