Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 26 Mei 2010

Pelajar tingkatan 1 tumbuk cikgu ditahan polis

Alahaiii anak bangsa...baru jer semalam mak ngoh bercerita tentang pelajar mengugut bunuh cikgunya. Hari nih terpampang pula cerita mengenai pelajar yang menumbuk muka gurunya bertubi-tubi ibarat dirasuki iblis. Kasihan cikgu tu, baru berumur 24 tahun, baru posting la tu.

Ceritanya bermula apabila pelajar tersebut tidak membawa buku teks. Jadi guru lelaki yang mengajar di kelasnya tu mendendanya berdiri di luar pintu. Asalnya budak itu menuruti arahan gurunya, berdiri di luar pintu tetapi dia membuat bising dan menganggu kawannya yang berada di dalam kelas. Perkara biasa la tu. Mak ngoh pun mengalaminya dulu-dulu. Denda di luar kelas tapi dia bising dan ganggu kawan. Tapi sekarang, mak ngoh dah tak denda budak sebab malas dah. Kalau denda, jadilah macam cikgu kita yang sorang nih.

Balik kepada cerita tadi, selain membuat bising, dikatakan juga budak tu telah mencaci guru lelaki itu. Amboi..mesti anak orang berada atau anak dimanjakan nih atau anak tertekan...Sebab tu berani tak hormat guru dan berani mencaci. Kurang diajar oleh ibubapa tentang cara hormat guru kut.

Mula-mula guru tersebut membiarkan sahaja cacian budak tu tapi bila dah hampir 20 minit, cacian tak henti-henti juga, mungkin cikgu tu dah panas telinga. Jadi guru itupun pergi kepada budak tu dan cuba memukul bahu budak tu. Tapi pukulannya tak kena dan buku tu jatuh ke lantai. Mungkin cikgu nih tak belajar bola baling dulu-dulu.

Apabila buku dah jatuh di lantai, jadi cikgu tu pun tunduk untuk mengambil buku dan di saat itulah budak itu dengan lahapnya memukul cikgunya bertubi-tubi hingga cedera di muka. Difahamkan, guru itu tidak membalas pukulan kerana terkejut dan tergaman dengan tindakan ganas pelajar sendiri yang baru sahaja berumur 13 tahun.

Kejadian aneh dan melampau itu telah disaksikan oleh semua pelajar di dalam kelas dan juga guru lain dari kelas sebelah. Guru lain tu telah menelefon polis dan pelajar kurang ajar tu diberkas polis.Masalahnya, time diberkas tu pun, budak tu masih lagi mengamuk. Isk isk..isk. Pelajar tu telah pun dibuang sekolah dan guru mangsa tumbukan pun telah membuat laporan polis tentang kejadian hitam itu.

Sudah tentu seumur hidup cikgu tu, dia akan ingat tragedi ditumbuk oleh pelajar 13 tahun Sedih tol. Baru jer sambut hari guru dah dilukai berdarah dengan kejadian macam nih.

Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, janganlah ambil pusing kalau budak tu tak bawa buku teks ker tak buat kerjarumah ker..or wat ever lah. Sebab bila nasihat atau denda dikenakan, budak nakal macam nih akan melawan dengan cara yang teruk. Boleh dinasihat tapi dengan budak yang makan saman je. Hakikatnya sekarang, cikgu takut kepada ibubapa kepada pelajar dan kepada sistem perundangan negara kita. Salah denda nanti, silap-silap cikgu yang kena saman.

Cuma sedikit silap cikgu tu, dia berniat memukul bahu pelajar itu tetapi tidak kena. Walaupun tidak kena, mungkin juga tindakannya memukul bahu tu menyebabkan pelajarnya mengamuk. Yelah, anak orang...bukan anak kita. Jangan disentuh anak orang, jangan dicubit, jangan dipukul. Mak bapa dia sendiri tak pernah, ini pula kita gatal-gatal nak cubit nak pukul anak orang. Siapa kita?

Siapa kita???? Kita bukan guru yang dihormati sepertimana guru dihormati pada tahun 60-an, 70-an, 80-an dahulu. Guru sekarang dianggap rendah martabat walaupun sambutan hari guru diadakan besar-besaran setiap tahun. Ibubapa sekarang lebih bijak, lebih hebat, lebih kaya dari guru. Sebab itu, ada ibubapa yang saman cikgu mengatakan cikgu itu salah ajar formula kepada anaknya. Itu belum lagi dengan saman-saman lain yang sebenarnya berniat untuk menghina dan memalukan instusi pendidikan.

Kepada guru-guru seangkatan, redha lah dan biarkanlah. Kita kejarlah ganjaran di akhirat dan biarlah ganjaran di dunia ini. Kita cari redha ALLAH dan biarlah redha manusia yang pelbagai ragam ni. Semoga kita semua bersabar dengan cabaran mengadap budak-budak berhati batu...

Reflection : Mak ngoh sayang sangat students mak ngoh sebab dorang baik-baik jer

3 ulasan:

  1. susah jadi guru zaman sekarang ni.. kesian mereka..

    BalasPadam
  2. susah betul la budak2 zaman sekarang nih. kurang ajor betul

    BalasPadam
  3. budak bandar kurang ajar dengan cara bandar, budak kampung kurang ajar dengan cara kampung.. tapi syukur bukan semua budak kurang ajar. Tahniah kepada ibubapa yg bjaya didik anak jadi pelajar yg hormat guru

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!