Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 3 Julai 2010

Bila tunang bergaduh pasal penampilan

Si wanita menangis setelah dimarahi tunangnya. Puncanya hanyalah apabila si jejaka memintanya memakai baju yang dibelinya. Sehelai baju blaus yang memang cantik dan sesuai dipakai bersama jeans.
"You pakai macam nih, you nak goda siapa? I nih tunang you...sepatutnya you pakai ikut yang I suka" bebel jejaka itu.
"Kalau I dah jadi suami you nanti, you buat perangai macam nih lagi...you tak tahu tak...berdosa tu. You kena buat ikut apa yang I redha"

Wanita itu masih lagi diam. Dia tak mampu nak membalas kata-kata tunangnya sendiri. Memang itu perangainya. Dia hanya mampu menangis.

"Memang I tahu, pakaian kena labuh...kena menutup aurat. Tapi apa salah pakai baju tu, orang lain pun ramai yang pakai macam tu" bebel lelaki itu lagi sambil meneruskan pemanduannya.

"Tengok tu,,,cantik kan dorang pakai macam tu" tunjuk jejaka itu kepada sekumpulan remaja yang sedang melintas jalan di hadapan. Baju ketat, seluar ketat dan tudung singkat.

"Hilang mood I nak dating. You pakai nih macam nenek tua dah"tambahnya lagi.

Ikutkan hati, ingin saja wanita tersebut meminta jejaka itu menghantarnya pulang ke rumah. Dia sudah tidak sanggup mendengar cercaan tunang sendiri. Terukkah pakaiannya? Kenapa tunangnya begitu suka membebel tentang pakaian dan penampilan diri. Buruk sangatkah? Dia bukan lagi gadis remaja. Dia sudah berumur 27 tahun. Dia tahu pakaian dan penampilan mana yang lebih sesuai.

Wanita itu mengesat airmata yang laju di pipi. Dia memalingkan wajahnya, merenung ke luar tingkap kereta. Teringat dia kepada bekas kekasih tunangnya. Seorang gadis berumur 21 tahun. Yang berseluar ketat dan berbaju ketat. Tapi dia tak boleh macam tu. Dia tak suka berpakaian begitu. Kadang-kadang terasa tunangnya sengaja ingin mengubah dirinya menjadi bekas kekasihnya dulu.

"Sayang, you nih. I cakap sikit you dah menangis. You nih tak boleh ditegur" getus lelaki itu. Dia cuba menyentuk wajah tunangnya, namun wanita itu mengelak.

Sepanjang pertemuan petang itu, si wanita hanya diam membisu dan si jejaka juga diam. Tetapi tidak dia merasa bersalah di atas luahannya tadi. Baginya tidak salah menegur penampilan tunangnya. Baginya, wanita itu sudah menjadi haknya dan dia memang berhak untuk membentuk keperibadian tunangnya. Tunangnya bukan tua pun. Sebaya dengannya. Berumur 27 tahun. Tapi tunangnya seorang yang kolot dan kampung. Hanya berbaju kurung dan kalau berseluar pun, mesti dikenakan dengan baju yang besar dan labuh macam nenek-nenek.

Sehari selepas kejadian itu, lelaki itu terpaksa menjenguk ke rumah tunangnya kerana wanita itu tidak membalas SMS dan tidak menjawab panggilan telefonnya. Sedangkan peraturannya, mesti sentiasa SMS kepadanya dan mesti beritahu ke mana hendak pergi. Sebagai latihan untuk tunangnya bila sudah jadi isterinya nanti.

Yang dicari tiada. Menurut emak tunangnya, wanita itu telah pun berangkat kembali ke Selangor kerana ada tugas menanti.

Hanya sekeping nota yang ditinggalkan untuk lelaki itu.

Bukan saya tidak mahu menurut kata awak, namun awak hanyalah tunang saya. Awak bukan suami saya. Awak paksa saya berbaju ketat dan singkat hingga menampakkan bentuk punggung kerana bagi awak itulah fesyen terkini dan kelihatan muda. Sedangkan bagi saya, saya terfikir pada siapa hendak saya letakkan dosa membuka aurat itu. Semestinya ayah saya yang menangung dosa tu. Saya tidak mahu membebankan ayah saya untuk dosa itu sedangkan selama ini pun saya rasa amat berdosa bila awak mengengam tangan saya. Saya tidak mahu menjadi anak derhaka.

Boleh...saya boleh menurut kata awak. Apabila awak menjadi suami saya dan awak menanggung dosa saya nanti. Tetapi selagi tanggungjawab itu berada di bahu ayah saya, saya tidak akan melakukannya. Sanggupkah awak?

1 ulasan:

  1. haih! pelik lah. laki yang betul nak buat bini selalunya lagi disuruh pakai baju longgar2. ni nak lagi ketat. ape nak jadi lah

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!