Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Cikgu Pindah > Pelajar buat majlis kesyukuran

tengok kartun di atas, teringat mak ngoh kenangan semasa di sekolan dulu-dulu. Kalau tak silap mak ngoh, time tu mak ngoh form 2.

Ada seorang guru disiplin yang giat membanteras masalah disiplin pelajar. Boleh dikatakan setiap salahlaku pelajar boleh dikesan oleh guru itu, Cikgu Baharuddin. Ini menyebabkan ramai pelajar tak suka guru tu.

Tiada angin tiada pokok bergoyang...tiba-tiba kami dikejutkan dengan perpindahan cikgu Baharuddin ke sekolah lain. Itupun diberitahu oleh Pengetua sewaktu perhimpunan dan cikgu Baharuddin pergi tanpa sepatah kata.

Kawan mak ngoh pun bercerita rupa-rupanya senior2 kami lelaki + pompuan telah tahu mengenai perpindahan tersebut dan mereka telah adakan parti di pantai PCB...bakar ayam, ikan, udang lagi tu...

Parti kegembiraan di atas perpindahan guru disiplin jahat yang sebenarnya cuba membentuk mereka jadi manusia yang baik. Namun mereka tak mahu jadi manusia baik. Mereka mahu enjoy!!! mahu ponteng, mahu merokok!!! dan mahu mencuri , mahu lawan guru, mahu lari dari rumah dan macam2 lagi.

Ada pula suara2 sinis yang mengatakan kononnya cikgu Baharuddin tu seorang yang lemah iman, tidak tahan dengan cabaran dan kerana itulah minta tukar sekolah.

Sekarang sudah 13 tahun berlalu. Mungkin cikgu Baharuddin telah bersara. Semoga cikgu Baharuddin mendapat pahala di atas budinya mendidik pelajar yang mahu dididik.

1 ulasan:

  1. hahahha...amin..
    mcm tu skali..sian dia
    dia cume nk didik kite supaya lbh disiplin..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!