Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 19 Julai 2010

Resepi : Asam Peria





Tentu ramai yang rasa susah nak masak peria sebab peria rasanya pahit. Mak ngoh ada beberapa resepi peria kegemaran mak ngoh. Tapi untuk entri ni, satu resepi dulu.. ,iaitu asam peria. Tengok gambar >








ini peria yang boleh dibuat asam sebab tak pahit sangat









ini peria katak. peria ni rasanya lebih pahit. Tak sesuai dibuat asam





Bahan-bahan - :
1) peria yang dipotong nipis macam di bawah ni



2) Bawang besar dihiris nipis
3) Air Limau kasturi
4) Cuka
5) Garam
6) Gula
7) Udang kering dibersihkan dan ditumbus halus (pilihan)
8) Cili padi (pilihan)

Cara membuat -:


1) Peria yang telah dihiris tu, direndam dalam air garam dan diramas. Biarkan seketika.

2) Cuci peria tadi, kemudian toskan.

3) Masukkan peria di dalam mangkuk.


4) Bawang besar, udang kering, cili padi dan gaul bersama peria tadi.

5) Masukkan cuka dan air limau kasturi.

6) Masukkan gula dan garam.

7) Asam peria yang sedap -: rasanya mesti ada masam, masin , pedas dan sedikit manis.












asam peria sedap dimakan bersama nasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!