Ewah...ewah...sempoi betol budak sekarang nih yer. Dengan selamba sms cikgu beritahu yang dia malas nak ke sekolah. Mana silapnya tu? Silap cikgu bagi nombor telefon kepada pelajar kelasnya dan silap pelajar yang tiada batasan antara dia dan cikgu.
Mak ngoh tak bagi nombor mak ngoh kepada pelajar kelas mak ngoh secara terbuka. Kalau tak boleh hadir ke sekolah, kena ada MC atau surat dari ibubapa, sms tak main lah. Tapi, tak dinafikan memang ada beberapa orang pelajar yang ada nombor mak ngoh. Pelajar yang mak ngoh rasa boleh diharap dan boleh dipercayai je.
Bila difikir balik, memang betul arahan KPM mengharamkan penggunaan telefon di sekolah. Takut kang nanti ada pelajar sms guru subjek dia "sori cikgu, saya penatlah. Tak mahu masuk kelas cikgu. Mahu tidur di bilik kesihatan kejab. Sori ye"
Dan, bila becakap pasal sms ni, bukan pelajar je yang salahguna telefon nanti, takut kang nanti, guru kelasnya pun salahguna gak. Macam gambar kat bawah tu

Tapi, kami tak dengar pun saranan pengetua. Kami bawa jer telefon ke kelas tetapi cuba tidak menggunakan telefon sepanjang di kelas. Yang pasti kami takkan tinggalkan telefon di bilik guru. Kang ada lar yang hilang.
Pendirian mak ngoh pulak>>> mak ngoh tak suka cikgu yang bermain sms atau bergayut sewaktu P&P. Tidak nafikan, ada guru yang macam tu dan bagus juga pelajar yang report pengetua pasal guru main sms dalam kelas.
Saya pun tidak suka guru yang bergayut sewaktu p@P
BalasPadamAsas Kepada Kusyuk
sy ada kawan perempuan, seorang guru di sebuah sek men...mula2 sekadar bersms2 ngn seorang muridnya pasal sekolah, homework semua tu...kemudia sms psl perseonal...last2 skrg ni diorg bercinta!
BalasPadamcik panadol : cerita macam tu dah biasa berlaku sekarang ni:) takleh nak buat apa2 da
BalasPadam