Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Rakam Aksi Seks : Apa tindakan sewajarnya?

Mak ngoh terbaca satu info menarik di majalah wanita yang bertajuk : Rakam Aksi Seks, Mangsa Trauma Seumur Hidup.

Mungkin artikel tersebut sesuai dengan berita tergempar iaitu rakaman aksi seks artis indonesia iaitu dot dot. Ramai dah yang tahu dan mak ngoh tak mahu mengulas lanjut mengenainya pun. Malas dah nak diumpat keji orang macam tu. Baik berdoa agar mereka insaf.

Okay, berbalik kepada tajuk. Rakam aksi seks. Mak ngoh nak sisipkan pendapat dan saranan Encik Kamal Affendi iaitu Penganalis Jenayah.

Baca petikan di bawah -:

"Hubungan intim yang sepatutnya berlaku antara 2 orang, kini sudah menjadi tatapan orang ramai akibat perlakuan orang yang tidak bertanggungjawab " demikian tegas Kamal Affendi tentang kesan daripada tindakan merakam aksi seks.

Ujarnya demi cinta ramai wanita yang sanggup melakukan seks dan aksinya dirakam atas permintaan teman lelaki tanpa memikirkan impak buruk atas perbuat tersebut.

"Walaupun seseorang wanita itu rela melakukan hubungan seks, tetapi tidak semestinya dia bersetuju untuk merakam adengan tersebut. Jika perlakuan tersebut terus dirakam, ia sudah termasuk dalam kes rogol kerana rakaman dilakukan secara paksaan tanpa kerelaan"ujarnya lagi.

Menurut Kamal, selain teman wanita, hubungan seks yang dirakam tanpa kerelaan si isteri juga dianggap kes rogol. Oleh yang demikian, wanita boleh membuat laporan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yakni apa-apa perbuatan yang boleh menganggu kesopanan dan mengaibkan wanita berkenaan boleh dihukum penjara selama 2 tahun.

"Sepatutnya, kaum wanita sendiri perlu pandai menjaga diri dan menghindari perlakuan tersebut supaya tidak mendapat malu jika rakaman tersebut tersebar. Bagi yang sudah terkena, mereka patut tampil ke depan, membuat laporan polis supaya tidak menjadi menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan selama-lamanya selain dapat membantu menghindari wanita lain menjadi mangsa lelaki tersebut"

"Lelaki sebegini boleh dikategorikan sebagai penjenayah seksual yang menggunakan seks sebagai perkakasan unutk menghukum seseorang wanita. Sekiranya wanita berkenaan tampil membuat laporan, sudah tentu perkara ini dapat dibanteras segera"katanya yang turut mengakui selain rakaman video lucah, rakaman CCTV juga disalah guna oleh pihak tertentu terutamanya di tempat kerja, tandas, bilik mandi dan sebagainya dengan tujuan memalukan seseorang wanita.

~~~~~~~~~~~~~~ ******~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai gadis, wahai perempuan, wahai wanita...
anda sebenarnya bodoh kalau ada melakukan seks dengan
seorang lelaki yang bukan bergelar suami anda
ANDA SEBENARNYA SANGAT BODOH!
Balasan neraka menanti anda
dan bersedialah anda untuk dibakar dan disiksa di neraka
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!!!!!!!


Daripada Buraidah Radhiallahu ‘Anhu, daripada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam katanya : Maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti penduduk neraka dengan baunya yang busuk.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : Maksudnya : “Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih, (golongan itu ) ialah syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang pembohong dan peminta-peminta yang sombong.”

(Hadis riwayat Muslim)

1 ulasan:

  1. erk?? speechless..huhu..takotnye kalau kenal laki pesyen macam tu..nauzubillah..

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!