Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 28 Julai 2010

Pelajar sekarang > sangat kurang ajar

Ops...correction : Sesetengah pelajar sekarang > sangat kurang ajar. Kalau mak ngoh kata pelajar sekarang merujuk semua pelajar kurang ajar sedangkan ada lagi pelajar yang hormat guru, yang sayang guru dan menjadi penenang jiwa guru.


Mak ngoh merujuk kepada berita di Metro yang melaporkan pelajar samseng seramai 4 orang bertindak memukul 2 orang rakan mereka bersenjatakan kayu : semasa guru sedang mengajar.


Lebih biadab lagi, kumpulan pelajar terbabit memaki-hamun guru berusia 50-an itu yang menegur tindakan mereka.

Akibat insiden itu, mangsa, Tan Wei Long, retak tulang tangan kanan manakala rakannya, B Alagendran, cedera di kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan mengenai kejadian itu dan lima pelajar ditahan untuk membantu siasatan. Pelajar samseng tersebut direman empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 324Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.


Mak ngoh terfikir, bagaimana kalau mak ngoh adalah guru tersebut? Kalau mak ngoh salah bertindak, nanti tak pasal-pasal mak ngoh kena saman pulak. Kang masuk tv dan suratkhabar terus naik trafik blog nih...ERK!
Hm, kalau mak ngoh biarkan saja mereka bergaduh? Salah dah dari segi etika guru.


Mak ngoh sebenarnya memendam dan menjeruk perasaan menangani kes pelajar kurang ajar ni. Mak ngoh ada banyak pengalaman berdepan dengan pelajar kurang ajar. Sangat menyakitkan hati hingga kadang-kadang menangis zahir dan kadang-kadang menangis dalam hati.


Hari selasa lepas, mak ngoh mengajar math kelas 5C. Kelas SPM. Dalam 5 orang pelajar (girls + boys) langsung tidak memberikan perhatian. Mereka berkumpul di tengah-tengah kelas dan berbual rancak dengan suara yang tinggi. Sesekali mereka menganggu dan mengusik pelajar lain yang nak belajar. Bukan sekali dua mereka buat perangai macam tu. Sampaikan mak ngoh fikir, biarlah mereka. Malas dah nak menegur manusia yang sudah buta hati macam tu. Kalau ditegur, mak ngoh pula dikata guru garang, guru tak sporting dan guru sangat tegas. Tapi dalam hati ni, rasa terguris dengan perangai pelajar macam tu. Sangat terguris.


pelajar yang buta hati tegurlah macamana pun, takkan berubah. Keras batu, kalau dicurah air boleh juga berlekuk dan hati hitam manusia kalau disiram dengan ajaran agama boleh jadi putih. Tapi kalau mengucap 2 kalimah syahadah pun tak pandai, sembahyang pun tidak, macamana tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!