Sudut Test Mouse Kiri

~mereka yang sudi~

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Resepi : Sira Labu Asli Kampung

Salam semua. Makan apa petang-petang nih? Ada buat kuih ker? Mak ngoh nak kongsi cara masak labu sira. Labu sira biasanya dihidangkan dalam majlis kenduri kahwin sebagai pemanis.

Bahan-bahan -:
Labu
Gula melaka
Bunga Cengkih
Daun pandan

Cara memasak -:



1. Potong labu tebal. Saiz lebar ikut suka.
2. Rendam labu yang siap dipotong dengan air kapur macam gambar di bawah



2) Inilah rupanya setelah direndam air kapur lebih kurang setengah jam.

3. Di periuk, masak gula melaka hingga cair. Mak ngoh guna ni periuk tanah. Sedap sikit. ekekeke.


4. Setelah mendidih, masukkan labu, daun pandan, secubit garam dan bunga cengkih. Tutup periuk dan biarkan seketika. Tidak sampai seminit, anda akan hidu bau yang harum semerbak dari periuk.



5. Setelah labu empuk, bolehlah diangkat.



6. Rupa labu sira yang sedap dimakan.
AWAS~~~ rasanya manis. Tak sesuai untuk mereka yang ada penyakit diabetis.





3 ulasan:

  1. nampak sdap aja, saya nak bagi 1 ilmu yg baru saya dapat dari sorang doktor perubatan altenatif
    kalau nak ngelak dari penyakit darah tinggi, jangan letakkan garam dalam masakan ketika tengah mendidih, letak kan garam ketika suhu tengah turun atau pun ketika sebelum mendidih.

    BalasPadam
  2. oh ye ke? terima kasih berkongsi ilmu ni....mungkin ada tindak balas kimia kalau masuk garam time mendidih...hehe pandai2 je makngoh wat spekulasi :)

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get Recent Comments Widget