Kisah ni baru jer berlaku petang tadi di sekolah mak ngoh. Hari ni sampai Ahad, kami semua sibuk perkhemahan unit beruniform. Memang semua orang sibuk dengan tugas masing-masing.
Petang tadi dalam pukul 1, seorang senior sekolah mak ngoh pergi ke kebun pisangnya untuk mengambil pisang, dibuat pisang goreng pelajar. Ditakdirkan, kunci keretanya hilang di kebun pisang tersebut. Telah dicari merata tempat dan dipoket baju kurungnya tapi tiada juga.
Setelah kakak tu putus asa, dia pun meninggalkan keretanya di kebun tersebut...menahan bas dan terus ke sekolah dengan bas. Kemudian, mak ngoh pula ke sekolah dalam pukul 4 petang dan kakak tu pun bercerita tentang kunci keretanya yang hilang di kebun pisang.
Kemudian, mak ngoh dan kakak tu bergerak khemah unit beruniform kami untuk melihat dan menolong pelajar urusetia mrnyiapkan makan malam. Kami duduk-duduk di khemah tu tidak sampai pun 10 minit, seorang pelajar bertanya pada mak ngoh "Cikgu, kunci kereta cikgu ka tu?" dan jarinya menunjuk ke arah satu kunci kereta yang terletak berhampiran tiang khemah, di atas tanah.
Mak ngoh cek di poket kunci kereta mak ngoh ada jer. Mak ngoh fikir mungkin kunci kereta guru-guru lain yang sengaja tinggalkan di situ. Tapi rupanya kakak yang hilang kunci tu mendapati, itu kunci keretanya yang hilang. Dan dia pelik macamana kunci tu berada di sekolah sedangkan hilang di kebun pisang?
Bila dia dah bising-bising dan hairan dengan kejadian tu, seorang senior pun kata "Ada la tu yang tolong hantarkan" dan ada yang kata "permainan iblis"
Pelik pula macam tu. Tapi, secara positifnya, mak ngoh rasa kunci tu terselit di baju, poket atau badan kakak tu dan terjatuh setelah dia berada di khemah. Tapi...kunci tu dan keychainnya berat dan besar. Kalau terselit, mesti dah jatuh awal-awal lagi masa kakak tu periksa poket bajunya. Huhu.. mana yang betul...
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Jumaat, 16 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
ada la tu...benda tu gurau-gurau dengan kakak tu...hehehehehe
BalasPadamKalau kita beriman Allah itu Maha Kuasa... tak delah pelik di hati kita.
BalasPadamMasalahnya kita teringat benda tu je....