Sudut Test Mouse Kiri

~mereka yang sudi~

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 21 Julai 2010

Resepi : Daging Goreng Kicap

Mak ngoh agak ramai dah yang tahu cara masak daging goreng kicap. Apa susah, main campak-campak je kan. Tapi mak ngoh nak post jugak cara masak daging goreng kicap nih...lain orang lain cara masak Iyer dak?

Bahan-bahan -:
300 gram daging dipotong sedikit nipis dan dibersihkan
Kicap Manis Cap Kipas Udang (kicap lain pun boleh tapi tak besh sangat)
Sos Cili
1 labu bawang besar kuning dihiris bulat-bulat.
1 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
serbuk Pati Ayam Knorr (pilihan)
3 cm kayu manis
bunga lawang
garam dan gula secukup rasa
cili merah besar dihiris
sebiji tomato dibelah 4
daun sup dan daun bawang untuk hiasan


Cara sediakan -:
1) Masukkan daging dalam kuali dan rebuskan bersama sedikit air. Biarkan daging empuk hingga kering air.

2) Ketepikan daging tadi.

3) Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.

4) Masukkan sos cili, kicap, serbuk Pati Ayam, garam, gula dan 1/3 cawan air. Kacau rata.

5) Masukkan kayu manis dan bunga lawang.

6) Masukkan daging tadi dan gaul rata.

7) Biarkan seketika kemudian, masukkan cili merah, bawang besar kuning dan tomato. Gaul lagi sekejab dan terus angkat.

8) Tadaaa....siap sudah. Masukkan di dalam pinggan. Tabur daun sup dan daun bawang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get Recent Comments Widget