Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Isnin, 19 Julai 2010

Resepi : Daging Lada Hitam Simple

Menu tengahari mak ngoh tengahari ni...simple lagi mudah lagi ringkas lagi senang lagi
dan apa-apa perkataan yang sama istilahnya.

Bahan-bahan - :

500 gram daging dihiris

seulas bawang putih

seulas bawang merah

satu labu bawang besar dihiris

halia dalam saiz 4 cm dihiris dalam bentuk kuboid kecil (haha... ayat cikgu math) > janji faham.

serbuk lada hitam dalam satu sudu teh (kalau nak taruk banyak ok gak)

daun bawang, daun sup dan cili padi untuk hiasan

sedikit minyak untuk tumis
sedikit garam atau serbuk pati ayam


Cara memasak -:

1) Daging yang dah siap dibersihkan, dimasukkan ke dalam kuali bersama sedikit air. Biarkan mendidih hingga daging empuk.

2) Keluarkan daging yang telah empuk tu, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Gunakan sedikit minyak sahaja ye!

3) Masukkan kembali daging tadi, sedikit air, lada hitam dan bawang besar.

4) Masukkan garam atau serbuk pati ayam. Kacau kejab dan angkat.

5) Dah siap...hanya 4 step jer.

Time dihidangkan tu, taburlah daun bawang, daun sup, limau kasturi dan cili padi. Kan dah jadi colourul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!