Peristiwa yang baru berlaku tadi dalam pukul 9 malam dan amat mengejutkan, kebakaran di Kg Gum Gum. Kebetulan mak ngoh berada di tempat kejadian melihat api yang marak.
Yang mak ngoh tahu, 2 tahun lepas pun berlaku kebakaran juga di kampung tersebut yang melibatkan beberapa buah rumah dan balai raya. Cuma, yang berlaku malam ini, sebuah kedai jahit baju yang hangus dijilat api.
Menurut orang kampung, lama menunggu bomba datang. Mana tidaknya, balai bomba berada di Batu 1.5 Sandakan dan kampung ini berada di Batu 16. Lima belas batu perjalanan untuk bomba sampai. Namun, terima kasih juga kepada pihak bomba yang tiba dengan 3 buah jentera. Sayangnya ketika ketibaan bomba, kedai tersebut sudah habis dijilat api dan pihak bomba datang memadam api agar tidak merebak ke rumah yang lain.
Kerjasama penduduk kampung juga mak ngoh puji kerana mereka bersama-sama berganding bahu dengan baldi air masing untuk bertahan agar api tidak merebak ke rumah lain.
Selain kampung ni, ada lagi beberapa buah kampung yang kedudukannya jauh dari bandar dan balai bomba dan sering mengalami bencana kebakaran. Mungkin kerana kedudukan rumah-rumah kampung yang padat dan sangat dekat antara satu sama lain.
Bagi mak ngoh, walaupun mak ngoh ni orang luar, orang semenanjung tapi mak ngoh sangat berharap agar sebuah balai bomba dibina di kampung Batu 16. Kedudukan kampung Batu 16 ini amat strategik dan boleh dikatakan di pertengahan jalan antara bandar, checkpoint Batu 32 dan juga Telupid.
Lagipun kampung ini bukanlah pendalaman. Kampung ini telah dilengkapi dengan kemudahan pustaka desa, Samjaya tempat perhentian bas dan lori, sebuah tamu dilengkapi gerai, sebuah supermarket, sebuah masjid yang besar dan 3 buah sekolah yang dihubungi dengan jalan raya berturap. Selain itu, kampung ini juga berhampiran dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan juga Rainforest Discovery Center.
Tolonglah pihak berwajib...demi kemudahan orang kampung Gum Gum dan semua kampung yang berhampiran.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Ahad, 18 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
hmm..bkn gum2 sja yg perlukan bomba..kami d bluran nih pun amat2 memerlukan bomba..setiap kali kebakaran berlaku kami terpksa menunggu bomba dr sandakan utk dtg memadamkan api..slalunya mmg xsempat langsung pun..tidakpun api sudah melarat jauh..
BalasPadam