Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 25 Julai 2010

Lagi Kes Tinggal serumah tanpa nikah hingga lahirkan anak

MAK NGOH TAK FAHAM DAH. BARU TADI MAK NGOH POST ENTRI DI PASAL TINGGAL SERUMAH HINGGA LAHIRKAN ANAK. RUPANYA ADA LAGI SATU KES. TAPI YANG INI ANAK BARU SEORANG DAN BERUMUR 4 BULAN. MALANGNYA, ANAK TU MACAM TAK ADA NAMA PUN.

YANG MENGELIRUKAN, PASANGAN INI SEOLAH-OLAH MEMANG BERNIAT NAK HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI. KALAU MEREKA SAJA-SAJA, DAH TENTU MEREKA NI DAH BUANG ANAK YANG DILAHIRKAN. APAKAH MASALAH MEREKA INI?

KALAU DAH BETUL SAYANG, DAN KALAU KELUARGA TAK IZINKAN PERKAHWINAN, PERGILAH KE JABATAN AGAMA ISLAM. PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM AKAN MEMBANTU. NIAT NAK HIDUP SEMATI DENGAN KEKASIH TERCINTA TAPI CARA SALAH. TAK BOLEH BERSEKEDUDUKAN TANPA IKATAN PERKAHWINAN YANG SALAH.
BERDOSA BESAR!


ALOR SETAR - Taktik sepasang kekasih mengaku berkahwin dan mempunyai anak gagal mengaburi mata pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) apabila siasatan mendapati mereka bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.

Ketika serbuan di sebuah motel di Taman Berjaya, di sini kira-kira jam 12.30 pagi semalam, kelihatan seorang wanita berusia 20 tahun sedang meriba anak di atas katil, manakala teman lelakinya cuba mengelak disoal siasat dan meluru keluar dari bilik itu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan perkahwinan apabila disoal siasat pegawai penguat kuasa JHEAIK dan lebih memilukan bayi tidak berdosa itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Operasi Penguatkuasa JHEIK, Syeikh Md Nasir Md Dali berkata, berikutan dakwaan wanita itu bahawa dokumen pengenalan diri anaknya hilang, JHEIK segera merujuk kes anak pasangan dari Sungai Petani, Kedah itu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Setelah semakan dibuat, bayi berusia empat bulan tidak mempunyai sebarang pengesahan kelahiran.

“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengakui sudah bersekedudukan lebih dua tahun dan lebih menyedihkan apabila si bapa langsung tidak tahu nama anaknya sendiri,” katanya kepada media di Pejabat Operasi JHEIK, di sini, kelmarin.

Sementara itu, satu lagi pasangan berusia 23 dan 28 tahun dan berasal dari Kepala Batas, di sini turut dicekup ketika sedang menyewa di motel yang sama.

Syeikh Md Nasir berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap bilik dengan melompat dari tingkat satu motel itu.

Bagaimanapun, ketangkasan pegawai penguat kuasa JHEIK berjaya menangkapnya di balkoni hotel itu.

“Sebaik disoal siasat, pasangan berkenaan memberi alasan hujan lebat menyebabkan mereka menyewa sementara di motel itu.
“Pakaian termasuk coli dan seluar dalam berselerakan di atas katil sewaktu serbuan dilakukan,” katanya.

Syeikh Md Nasir turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat di kawasan mereka agar segera menghubungi JHEIK di talian 04-7307373.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!