Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Khamis, 15 Julai 2010

Kalau dah gian XXX sangat, kahwin jer lah. Jangan berzina!!!

Mak ngoh naik marah bila baca kisah tentang remaja yang gian XXX. Baru jer 2 bulan lepas ditangkap khalwat tapi tidak serik dan buat lagi. Tiada ker tindakan dari pihak keluarga pasangan tersebut. Kenapa tidak dikahwinkan saja? Kahwin bukan penyelesai segala masalah tapi kahwin itulah yang boleh mengelakkan zina. Betul tak?

Bacalah cerita mereka ni

Pasangan tak serik ditangkap khalwat kali kedua

JASIN: Tidak sampai dua bulan dicekup kerana berkhalwat, sepasang remaja nyata tidak serik dan seronok melakukan kesalahan sama apabila mereka ditahan sekali lagi, semalam.

Sebelum ini, remaja perempuan berusia 16 tahun menjadikan rumah keluarganya di Ayer Keroh sebagai tempat maksiat, kali ini mengulanginya di rumah sewa kakaknya di Bukit Tembakau, dekat sini.

Pasangan terbabit dicekup kira-kira jam 10.30 pagi oleh sekumpulan tiga lelaki yang juga penduduk di situ selepas melihat mereka ke rumah berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Merlimau dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.


Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata selepas mendapati pasangan terbabit masuk ke rumah itu, penduduk terbabit memerhatikannya dan selepas hampir 15 minit tidak keluar, mereka kemudian bertindak membuat pemeriksaan.


Katanya, ketika sampai di hadapan rumah itu, salah seorang daripadanya memerhatikan daripada tingkap depan dan mendapati lelaki terbabit berkain pelekat, manakala remaja perempuan berkenaan berkemban dengan tuala.


“Mereka terus mencekup pasangan berkenaan dan dibawa ke balai polis sebelum diserahkan kepada Jaim bagi siasatan lanjut,” katanya.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!