Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Kerajaan Melaka mahu buka sekolah utk pelajar mengandung...

Terlebih dahulu, mak ngoh ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka yang nampaknya telah melihat secara serius mengenai isu pelajar mengandung dan kes buang bayi yang semakin menghantui negara.

Melaka telah mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.

Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.

Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.

"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.

Petikan di atas adalah dari Kosmo Online. Penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung...walaupun berniat baik namun semestinya ada pihak yang memandang negatif.

Kelihatannya, Melaka telah menerima kenyataan bahawa pelajar mengandung sudah tidak dapat dibendung lagi dan akan sentiasa berlaku kejadian pelajar mengandung. Kerana itulah, Melaka berani ingin membuka sebuah sekolah untuk disediakan kepada pelajar yang telah mengandung dan pelajar yang akan mengandung atau pelajar ingin mengandung. Itu sudut negatif yang mak ngoh pandang.

Mungkin juga Melaka sudah berputus asa untuk membanteras dari akar umbi tentang pelajar mengandung. Jadi...biarlah pelajar mengandung,,,jika mereka mengandung boleh diletakkan di sekolah mengandung.

Mak ngoh harapkan, setiap kerajaan negeri bertindak melalui jabatan agama Islam masing-masing menangani isu ini. Gempur hingga ke titisan darah terakhir terhadap pelajar berzina. Jabatan Agama Islam juga mesti memberikan bimbingan berterusan kepada ibubapa tentang cara mengasuh anak mengikut ajaran Islam sebenar.

Namun, mak ngoh tetap bersyukur kerana ada negeri yang mula bertindak dan negeri itu negeri Melaka. Bukannya negeri Serambi Mekah yang kelihatan masih diam tentang isu pelajar mengandung dan pelajar buang bayi.

Mungkin juga hukuman berzina,hukuman mengandung luar nikah dan hukuman buang bayi perlu diberatkan lagi. Istilah berkhalwat dan istilah berzina juga perlu disesuaikan penggunaanya. Kalau lah sampai mengandung, itu bukan sudah istilah berkhalwat.

3 ulasan:

  1. sebagai kerajaan negeri yg prihatin, bagus la buka.. sbb dh mcm xterurus anak remaja sekarang..

    BalasPadam
  2. tak terurus sebab institusi kekeluargaan yang rapuh dan tidak btangungjawab. last-last beban itu diletakkan ke bahu kerajaan.

    BalasPadam
  3. jgn plak ade skolah tu makin ramai yg nk mngandung luar nikah...erkkkk

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!