Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 25 Julai 2010

Kopitiam Seluruh Negara Diragui > JAKIM baru berkokok

gambar atas ni adalah gambar tipu semata-mata...xtaulah sape yang buat gmbar ni

KENAPA BARU SEKARANG JAKIM BARU NAK BERKOKOK?


SEMESTINYA SEBAB PENEMUAN BERSEJARAH SEPASANG KAKI KATAK


DI DALAM MEE GORENG YANG DIDEDAHKAN OLEH SEORANG PELAJAR.


SEBELUM NIH KENAPA JAKIM TIDAK PUN BERKOKOK?

ADAKAH SELAMA INI JAKIM TIDAK TAHU MENGENAI KEWUJUDAN KOPITIAM?


ADAKAH SELAMA INI TIDAK SEORANG PUN

ORANG JAKIM YANG SINGGAH DI KOPITIAM?



ADAKAH SELAMA INI JIKA ADA ORANG JAKIM YANG SINGGAH DI KOPITIAM

TIDAK NAMPAK LOGO HALAL YANG DIPAMERKAN?



ADAKAH BARU SEKARANG JAKIM SEDAR BAHAWA LOGO HALAL KOPITIAM DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT SWASTA BUKANNYA PIHAK JAKIM?


JADI, MESTI BANYAK LAGI LOGO HALAL YANG DIRAGUI WALAUPUN

ADA TANDA HALAL JAKIM

IBARAT KATA PEPATAH

'BILA DAH BERBAU BARU NAK CARI SIAPA YANG KENTUT"

PADAHAL DIRI SENDIRI JUGAK!!!!





Tahukah JAKIM bahawa JAKIM adalah jabatan yang menjadi kepercayaan umat Islam di negara ini. JAKIM adalah jabatan yang memegang amanah paling besar mengenai makanan halal umat Islam. Tolonglah JAKIM, beramanah lah!


baca laporan UTUSAN di bawah -:

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.

“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.

“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.

Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.

Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

2 ulasan:

  1. kopitiam...mahal kah mkn kt situ..
    eeii...ade kaki katak..gelinyer..

    BalasPadam
  2. anep : dari makan di kopitiam yg xtau halal haram, baik makan d warung kopi pak haji d kg anep je...konfom dah halal.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!