Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 21 Julai 2010

Fadhilat beristighfar


Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).
'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan
untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini
dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berduka cita.'

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!