Mak ngoh cuti hari nih. Jadi sempatlah mak ngoh tengok cerita She Wolf dengan penuh perasaan.
Lyka, Noah dan Anton berperang dalam gereja (rasanya). Kemudian, Anton serang Noah dengan api dan cederakan Noah. Lepas tu Anton cekik leher Lyka, Noah tikam Anton bertalu-talu (fuh...watak hero yang kejam). Kemudian, lepas Anton terjatuh tu, Noah pun terjatuh gak. Kemudian Lyka pergi peluk Noah dan tidak disangka, Anton ambil pistol dan tembak. Noah kononnya korbankan dirinya dan dia telah ditembak. Lyka marah Anton dan suruh Anton tembak dia jugak. Jadi Anton tertembak Lyka tembus belakang dada Lyka. Pastu Anton minta maaf.
Anton mati ditikam oleh Noah dan Lyka pulak masukkan tangan dia dalam perut Anton dan arahkan Batu Remus tu menyiksa Anton sehingga mati. Lepas Anton mati, Lyka pergi letakkan kepalanya di dada Noah. Time tu dorang ni memang macam nazak dah. Lyka pejam mata, Noah pejam mata. Patutnya mati dah tapi tup tup hidup lagi. Cerita nih tipulah.
Mak Lyka kahwin dengan ketua serigala hitam tu. Apakah namanya, lupa eh mak ngoh.
Perempuan jahat yang besfren dengan Anton tu, sape ntah nama , Niviya kut, dia pun mati gak, ditembak oleh ketua serigala hitam yang mak ngoh lupa nama tu.
Gabby pula kononnya digosipkan dengan Alec tapi tak tunjuk plak dorang kahwin ke tidak.
Pada majlis perkahwinan mak Lyka tu, tv3 kaburkan dada Lyka. Mungkin seksi sangat dan terdedah sangat hingga terpaksa dikaburkan. Pada masa ni, Lyka dah mengandung.
Setahun kemudiannya lagi, tunjuk scene Lyka dan Noah bersama anak kembar dorang. Mak ngoh agaklah, sorang serigala, sorang yang bukan serigala. Adeh, pemikiran kanak-kanak nih.
Perasan tak, walaupun cerita serigala tapi yang berlakon tu anjing. Kalau tak silap mak ngoh ler.
Skrip terakhir dalam cerita She Wolf yang sebanyak 60 episod nih adalah
kerana setiap kita ada perasaan cinta ~ Noah
dan kita hidup kerana cinta ~ Lyka
pesanan peribadi : Janganlah percaya sangat sinopsis mak ngoh nih. Lagi satu, jangan percaya benda jadian macam nih. wat hiburan jer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)