Hehe, sebab mak ngoh terlepas pandang pasal Hari Tanpa Beg Plastik ni, jadi mak ngoh dah menyelam dalam google mencari ceritanya dan inilah yang mak ngoh jumpa -:
Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini dan perlaksanaannya mula dapat dilihat. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.
Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kalau kita ke Speed Mart 99 atau mana-mana, walaupun hari itu bukan hari Sabtu, satu notis di kaunter pembayaran mengenai kempen ini. Di sini kita boleh lihat betapa kerajaan sedar dan peka terhadap permasalahan ini dan mula mengambil tindakan sewajarnya.
Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.
Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.
Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.
Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.
Beg plastik tergolong “barang sekali pakai” sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6 000 ton sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.
Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik adalah $4000 dan hasilnya hanya boleh mendapat $32 dalam pasaran komoditi.
Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak ditambah lagi sekarang terjadi krisis minyak yang mengakibatkan melambung nya harga BBM.
Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing.
Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.
Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.
Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.
Sumber Maklumat: Kerajaan Negeri Selangor
p/s : Wah, bagus juga tindakan kerajaan negeri Selangor nih memberi kesedaran tentang alam sekitar. OH, baru kufaham kenapa kena bayar 20 sen.
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 17 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Sblm ni sy ingatkan,KL @ negeri2 lain dah buat dulu kempen ni,rupenye swak dulu.kt tmpt sy(MIRI),start 1/1/2010 mmg kitorg dah xpakai beg plastik gi,bkn stakat sabtu,tp jumaat,sabtu & ahad.bermula 1/5/2010>SETIAP HARI TANPA BEG PLASTIK.byk kebaikan>"ALAM SEKITAR".pd mulanya ssh jgk(asyik tlupe bawa beg sndr),skrg ok plak,dah biase.tp yg pliknya,klu nk d ekotkan,harga brg slalunya trmsk hrga beg plastik,tp jgnkan nk trn harga,naik adela lg.alasan pniaga,harga myk naik.seingat sy,myk naik 5sen je,tp harga naik sampai 50sen.1 lg hal..,diorg xsrh kite pakai bg plstk,tp rata2 brg2 yg djual,trutamanya makanan,dbgkus dgn plastik.cmne tu??...huhu.psst>sori coz mmbebel kt sini :-D
BalasPadamhehe...terima kasih bg respon...ada juga mereka yg sedar kewujudan entri copypaste makngoh ni. ada 1 lagi entri yg makngoh bebel pasal harga barang telah dikira termasuk kos beg plastik...mmg untungkan peniaga jer klu dari sudut tu
BalasPadam