Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Kejadian cahaya pelik di Sandakan...2 hari sebelum UFO di Kota Kinabalu

Jumaat 16hb Julai hari tu, sekolah mak ngoh ada buat perkhemahan unit beruniform. Malam 16hb tu meriah dengan kehadiran guru dan sesi LDK pelajar di tapak perhimpunan sekolah yang sebelahnya tu padang sekolah.

Di dalam kemeriahan tu, lebih kurang pukul 9 malam, guru-guru digemparkan dengan cahaya sebesar belon dengan kedudukan rendah sedang bergerak menuju ke sesuatu tempat. Ketika itu, cahaya tersebut berada di padang sekolah.

Kemudian, ada seorang guru lelaki bertanya "apa benda tu? "
Guru-guru semua melihat dan tidak semena-mena cahaya tersebut menjadi pecah dan hilang.
Ada lebih kurang 5 orang guru yang melihat cahaya itu. Mak ngoh tak pasti samaada pelajar pun melihat cahaya tu.

Kemudian, dalam pukul 2 pagi, sekali lagi cahaya yang seperti itu ada lagi. Namun, tiada seorang pun yang berani menegur dan bercakap mengenainya. Ada orang kata cahaya pada pukul 2 pagi ini, tidak pecah dan berada lama di udara. Tetapi, waktu ni, tidak ramai yang melihat. Maklumlah pelajar sudah tidur dan beberapa orang guru telah pulang ke rumah.

Keesokkannya, guru yang melihat cahaya tersebut telah demam. Guru perempuan.

Petang 17hb tu (sabtu), giliran mak ngoh berjaga malam di sekolah dan kawan-kawan mak ngoh bercerita tentang kejadian pelik malam tu.

Menurut seorang guru, katanya cahaya tersebut adalah sebenar telor yang telah disihir. Telor tersebut menuju ke arah orang yang mahu disihir. Tetapi, jika ada orang lain yang menegur kehadiran cahaya tu, telor tersebut akan pecah dan orang yang akan disihir itu akan selamat. Itulah kepercayaan masyarakat di sini.

Ahad pagi 19hb sambil-sambil makan, kami guru-guru bercakap kembali mengenai kehadiran cahaya pelik tersebut. Ada yang mengataka cahaya itu seperti komet. Ada yang mengatakan , ia seperti bertali, ada yang mengatakan macam berambut dan ada juga yang mengatakan ia sebenarnya sebesar gengaman tangan sahaja dan ada yang mengatakan ia terbang serendah 3 meter sahaja.

Walau macamana pun, mak ngoh rasa tentu ada penjelasan sains mengenai kehadiran cahaya macam nih. Ops, cahaya ini, bukan cahaya yang disuluh ye. Memang ia seperti benda yang bercahaya.

Petang ahad tu jugak, mak ngoh terbaca berita mengenai kehadiran UFO di Kota Kinabalu. Baca di sini

Apa-apa, tiada kesimpulan yang boleh mak ngoh buat tentang 2 kejadian pelik ini.

3 ulasan:

  1. menariknya berada di tempat orang.. bnyak benda boleh dikongsi.. x mustahil bnda tu ufo, nmun x mustahil bnda tu sihir, sihir kuat ke sbelah sne?

    smasa sya kat lojing, ada orang asli bcerita tntg penunggu, dan malam tu dia melintas depan saya. apa boeh buat? masuk tidur salam selimut..
    papepun, kaitan antara ufo tu ada asanya..

    pstt: contact mjalah mastika, bagi dia buat entry dalam mjalah dia psal telur dan ufo nie. syok gak

    BalasPadam
  2. fuh, syeragh???? jumpa penunggu?
    xsir kontek sape2 :) biarlah terus misteri

    BalasPadam
  3. ini macam ilmu sihir tuju-tuju jer. mmg die berbentuk bola api. saya sendri pernah nampak masa umur saya 7,8 tahun. besar genggaman tapak tangan.

    BalasPadam

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!