Pagi tadi mak ngoh dan kawan-kawan bermesyuarat untuk PBS. Tau tak apa tu PBS? PBS = pentaksiran berasaskan sekolah. Semua kerja kursus termasuk amali PEKA dan PAFA yang pelajar sekolah jalankan berada di PBS. Faham?
Sistem baru pemarkahan PBS tahun ni...dengar kata WAJIB ada markah untuk pelajar. Bermakna guru tidak boleh isi markah 0 atau Tidak Hadir untuk pelajarnya. (Betulkan mak ngoh kalau khabar angin ini salah)
Tujuan utama kami mesyuarat hari ni untuk mengetahui status terkini PBS semua subjek PMR dan SPM. Kiranya, sekolah mak ngoh nih dah terlewat sebab sekolah housemates mak ngoh sudah pun beres PBS. Guru subjek telah hantar markah kepada s/u PMR dan s/u SPM.
Tapi sekolah mak ngoh ni, kami baru meeting. Sebelum cuti semester hari tu kami dah meeting untuk kenalpasti pelajar yang gagal jalankan PBS dan kali ni, kami meeting lagi untuk tengok, pelajar TEGAR yang tidak mahu buat PBS ni.
Jangan ingat semua pelajar sekolah ikut arahan guru. Walaupun dah berbuih mulut guru minta pelajar buat oral, buat Peka, buat PAFa and etc tapi pelajar masih lagi buat endah tak endah. Dorang ingat, kalau dorang buat PBS nih, guru-gurunya untung dan dapat gaji tambahan kut.
Jadi, sepanjang meeting tadi, di dapati dalam 20 orang pelajar tegar yang tidak mahu buat PBS dan termasuklah dengan pelajar yang tidak pernah hadir ke sekolah tetapi didaftarkan PMR dan SPM.
Ada seorang guru geografi melaporkan " untuk kerja kursus geografi, ada 5 orang pelajar belum siap kerjakursus. Dalam 5 orang tu, 2 orang sedang menyiapkan tetapi ada 3 orang pelajar saya telah hilang dari radar"
Apa maksud pelajar hilang dari radar? Hilang dari radar bermakna pelajar tersebut tidak datang ke sekolah dan tidak menjawab surat-surat amaran ketidakhadiran yang diberikan. Biasanya bilangan hari pelajar yang hilang dari radar ini melebihi 40 hari dan ada pelajar yang tidak pernah hadir sejak awal tahun. Memang itulah masalah utama dalam PBS. Kalau tak datang sekolah, jadi bagaimana mereka nak jalankan kerja kursus, nak buat amali dan nak buat PAFA. Perlukah gurunya ke rumah pelajar yang ponteng dan mentaksir pelajar itu di rumah?
Sudahlah pelajar tersebut menghilangkan diri dari sekolah, ibubapa pelajar itu pula tidak mengambil berat dan tidak kisah dengan surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. Jadi, apalah daya lagi pihak sekolah. Boleh....memang boleh pihak sekolah ke rumah pelajar tersebut dan memang itu pernah dilakukan...tetapi pihak sekolah tidak boleh setiap minggu 'menjemput' pelajar untuk ke sekolah.
Kesimpulannya, kalau PBS gagal dijalankan 100% punca utamanya adalah pelajar hilang dari radar. Masalah lain boleh diatasi tetapi masalah ini sangatlah susah diatasi. Kalau pelajar malas pun, guru masih boleh lagi paksa dan kuarantin pelajar itu menyiapkan PBS di bilik guru. Mak ngoh ada dengar cerita guru mengupah pelajar untuk menyiapkan kerjakursus. Tengok betapa bersungguhnya guru nak tolong pelajar. Tahun lepas, seorang guru Sains terpaksa memberi upah RM 2 untuk 1 amali PEKA yang pelajar siap. Ini kerana ada beberapa orang pelajarnya sangat-sangat malas buat PEKA. Okay, takpelah kalau itu cara terakhir yang boleh dilakukan.
TETAPI bagi kes pelajar tidak hadir, macamana nak buat? Upah pelajar hadir ke sekolah? RM5 sehari. Okay ker?
Di sini, mak ngoh nak tanya> apa tindakan ibubapa?
Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Khamis, 22 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila komen jika sudi :)