Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Sabtu, 24 Julai 2010

Cerita pelajar mak ngoh > Yusri

Pelajar tingkatan 1 sekolah mak ngoh tahun ni macam-macam ragam yang pelik dan melucukan terutamanya pelajar kelas 1D. Kelas ni adalah kelas yang hujung. Pelajarnya lemah dalam pelajaran, nakal, kecil-kecil orangnya tetapi baik. Lagi satu kelebihan pelajar kelas ini, terutamanya pelajar lelaki, mereka tidak takut kepada guru walaupun itu guru disiplin yang sepatutnya ditakuti oleh semua pelajar dan budak-budak lelaki kelas ini, tidak takut pun dengan mak ngoh. :? ...hua hua..sapelah mak ngoh nih, memang patut dorang tak takut. Boleh dikatakan setiap orang pelajar dalam kelas 1D tu ada perangai tersendiri. Mereka semua nih ala-ala budak sekolah rendah lagi. Banyak main dan tidak takut orang.

Petang ni, mak ngoh nak bercerita pasal ketua kelas 1D. Namanya Yusri. Yusri ni satu-satunya pelajar yang berbadan gempal dalam kelas tu. Montel sangat. Kalau waktu rehat tu, bermain dan berkejaran sampai mukanya berpeluh-peluh. Comot macam budak-budak kecil. Itulah, jiwa kanak-kanak lagi dorang nih.

Setiap pagi sebelum kelas bermula, Yusri suka berada di bilik guru, di meja guru kelasnya. Dia suka bercerita dengan guru kelas. Begitu juga dengan waktu rehat, pasti Yusri membawa kawan-kawanya dan bermain-main di meja guru kelasnya. Guru kelasnya pula melayan kerenah mereka. Makinlah mereka suka.

Yusri nih anak yatim piatu. Ibubapanya telah meninggal dunia sewaktu dia kecil. Yusri tinggal bersama datuk dan neneknya. Ada seorang guru bercerita dengan Yusri dan Yusri beritahu "tiap-tiap hari nenekku hantar dan ambil aku dari sekolah dengan kereta"
"Wah, hebat nenek Yusri datang ambil dengan kereta. Nenek Yusri pandai bawa kereta"kata cikgu itu.
"Iya bah, cikgu...nenekku pandai bawa kereta. Tapi nenek seorang lagi ndak pandai"
"Aik...Yusri tinggal dengan 2 nenek ke?"
"Iya cikgu. Sorang nenek lelaki, sorang nenek perempuan" beritahu dia lagi.

Rupanya, nenek yang bawa kereta tu dimaksudkan ialah datuknya. Sejak kecil, dia panggil datuk itu nenek. Mak ngoh selalu juga tengok datuknya ke sekolah. Alhamdullillah. Masih sihat dan bertenaga untuk menjaga cucunya yang seorang tu. Yusri ke sekolah pun, mewah la jugak. Bawa RM 10 setiap hari ke sekolah. Boleh dikatakan mewah kalau berbanding dengan pelajar lain di sekolah mak ngoh.

Ada satu hari, seorang guru minta Yusri carikan seorang guru lelaki kerana ada hal penting. Yusri pun pusing-pusing la 1 sekolah mencari guru lelaki tersebut tetapi tidak ditemui. Berpeluh-peluh dia mencari.

Akhirnya toing...toing...Yusri mendapat idea. Dia pun pergi ke pejabat sekolah. Dia meminta nombor guru lelaki tersebut dengan kerani sekolah. Kerani sekolah tu pun berilah sebab Yusri kata ada hal penting. Setelah mendapat nombor guru lelaki tersebut, Yusri minta pulak nak pinjam telefon di pejabat sekolah. Kerani sekolah pun berilah kebenaran guna.

Rupanya Yusri menggunakan telefon tu untuk menelefon guru lelaki tersebut. Kalau budak lain, tidak berani mereka nak guna telefon sekolah untuk kes-kes macam tu. Tapi Yusri ni memang sempoi. Sejak itu juga, Yusri guna telefon sekolah untuk melaporkan kehadiran kawan-kawannya kepada guru kelas, kalau guru kelasnya tu tak dijumpai.

Yusri ni memang pandai bercakap dan banyak cakap. Kerani sekolah pun suka melayan kerenah dia.

1 ulasan:

sila komen jika sudi :)

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!